10 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (15-19 April 2019)

1,300

Berikut adalah sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat Polisi Monetari Bank Pusat Australia (Selasa 9.30 Pagi): Reserve Bank of Australia (RBA) akan mengeluarkan minit mesyuarat sebelum ini dan pasaran akan memberi tumpuan terhadap maklumat yang lebih terperinci untuk isyarat kenaikan kadar selepas ini.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 4.30 Petang): Sesi pasaran Eropah pada Selasa akan memberi tumpuan terhadap data indeks purata pendapatan untuk suku tahun pertama tahun ini yang berkemungkinan dijangka meningkat. Dan juga kadar pengangguran di UK yang dijangka kekal di paras 3.9%.

Data Inflasi New Zealand (Rabu 6.45 Pagi): Indeks harga pengguna di New Zealand untuk suku tahun pertama yang mengukur kadar inflasi dijangka akan meningkat dari 0.1% kepada 0.3%.

Data Pertumbuhan GDP China (Rabu 10.00 Pagi): Ekonomi kedua terbesar dunia merekodkan petumbuhan tahunan yang paling perlahan pada tahun 2018. Selepas mencatatkan pertumbuhan pada kadar 6.4% untu suku tahun keempat 2018, penurunan kepada 6.3% diramalkan untuk suku tahun pertama 2019. Data ekonomi di China yang mengukuh akan memberi tekanan terhadap dagangan safe-haven USD dan JPY dalam pasaran semasa.

Data Inflasi UK (Rabu 4.30 Petang): Data indeks harga pengguna di Britain untuk bulan Mac dijangka mencatatkan peningkatan kepada 2.0% berbanding bacaan pada Februari lalu iaitu pada 1.9%. Kadar inflasi teras juga dijangka akan menunjukkan peningkatan pada bacaan kali ini.

Data Inflasi Kanada (Rabu 8.30 Malam): Bacaan indeks harga pengguna di Kanada untuk Mac dijangka kekal di paras 0.7% seperti bacaan pada bulan Februari yang lalu. Turut dikeluarkan bersama adalah data imbangan dagangan Kanada yang dijangka lebih baik daripada bacaan sebelumnya.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Pertambahan pekerjaan di Australia pada bulan Februari hanya mencatatkan 4,600 pertambahan sahaja. Bacaan pada Mac pula dijangka akan meningkat sekitar 15,200 pekerjaan lebih tinggi, namun kadar pengangguran berkemungkinan meningkat kepada 5.0% kali ini berbanding 4.9% pada bulan sebelumnya.

Data PMI Zon Eropah (Khamis 3.15 Petang): Sesi pasaran Eropah akan menyaksikan data PMI perkhidmatan dan pembuatan khususnya di Perancis dan Jerman sebagai ekonomi tumpuan di zon Eropah. Secara keseluruhannya jangkaan data ini diramalkan memberikan bacaan yang positif dan menyokong dagangan Euro.

Data Jualan Runcit di UK (Khamis 4.30 Petang): Selepas data ekonomi di zon Eropah, tumpuan pelabur akan terarah pula pada data jualan runcit di UK yang mengukur perbelanjaan pengguna dan aktiviti ekonomi semasa. Jangkaan bacaan data kali ini berkemungkinan menurun.

Data Jualan Runcit di AS dan Kanada (Khamis 8.30 Malam): Pada sebelah malam pula, data jualan runcit di Amerika Syarikat akan menjadi tumpuan pelabur di mana bacaan data untuk bulan Mac dijangka akan kembali melonjak setelah mencatatkan kemerosotan pada bacaan bulan sebelumnya. Turut dikeluarkan bersama adalah data jualan runcit di Kanada yang turut dijangka akan mencatatkan bacaan yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat