10 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (4-8 Mei 2020)

1,071

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Bacaan Akhir PMI Pembuatan Zon Eropah (Isnin 4.00 Petang): Data dijangka kekal seperti bacaan awal yang mencatatkan penurunan ke paras 33.6 mata, penguncupan paling buruk untuk lebih sedekad.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Reserve Bank of Australia (RBA) kekalkan kadar tidak berubah 0.25% pada mesyuarat April dan penggubal polisi bersetuju untuk tidak meningkatkan kadar sehingga perkembangan baik pada sektor pekerjaan dan keyakinan terhadap kestabilan inflasi pada sasaran 2-3%.

Data PMI Bukan-Pembuatan ISM A.S (Selasa 10.00 Malam): Sektor perkhidmatan tinjauan ISM di Amerika Syarikat untuk bulan April dijangka pamerkan penguncupan ketara sehingga ke paras 37.5 mata berbanding 52.5 mata bacaan data sebelumnya.

Data Pekerjaan New Zealand (Rabu 6.45 Pagi): Sektor pekerjaan New Zealand pada suku terakhir 2019 yang berakhir Disember tidak menunjukkan perkembangan dengan bacaan di paras sifar. Bacaan pada suku pertama 2020 dijangka menyusut kepada -0.2% sementara kadar pengangguran dijangka meningkat ketara.

Data Pekerjaan ADP NFP Amerika Syarikat (Rabu 8.15 Malam): Dengan kesan penularan wabak pandemik yang tertinggi di dunia, Amerika Syarikat bakal merekodkan kejatuhan terbesar pekerjaan sektor swasta diramalkan sehingga angka 20 juta. Ini akan mempengaruhi data pekerjaan NFP.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 2.00 Petang): Pada mesyuarat Mac lalu, ahli jawatankuasa polisi monetari Bank of England (BOE) sebulat suara mengundi untuk kadar faedah terus dikekalkan. Keputusan yang sama dijangkakan untuk mesyuarat kali ini namun kenyataan susulan oleh bank pusat akan menjadi tumpuan.

Data Tuntutan Pengangguran A.S (Khamis 8.30 Malam): Walaupun bacaan data masih kekal tinggi akibat ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan akibat penularan virus pandemik, angka tuntutan dilihat semakin menurun dari minggu ke minggu. Jangkaan penurunan terbaru ke paras 3 juta.

Minit Mesuarat Bank Pusat Australia (Jumaat 9.30 Pagi): Pasaran akan memberi tumpuan pada butiran lebih lanjut dasar monetari oleh Reserve Bank of Australia (RBA) dan akan memacu arah pergerakan harga bagi dagangan dolar Aussie.

Data Pekerjaan NFP Amerika Syarikat (Jumaat 8.30 Malam): Pasaran akan menjangkakan data bacaan yang negatif dengan kadar kehilangan pekerjaan yang tinggi di Amerika Syarikat. Ekonomi dijangka kehilangan sehingga 21 juta pekerjaan sementara kadar pengangguran meningkat mendadak kepada 16.0% dari 4.4% sebelumnya.

Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Turut diterbitkan bersama data NFP A.S adalah data pekerjaan di Kanada dengan jangkaan pertambahan kehilangan pekerjaan sehingga 5 juta. Kadar pengangguran pula diramalkan meningkat ketara sehingga 20.0% daripada 7.8% sebelumnya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat