10 Fakta Menarik Pilihanraya UK, Anda Pasti Terkejut Melihat No.7

218

Kiraan undi sedang berjalan dalam pilihanraya UK ketika ini. ‘Exit Poll‘ pukul 5.10 pagi tadi menunjukkan Konservatif bakal kehilangan majoriti. Tetapi ini bukanlah keputusan rasmi, ia hanya tinjauan terhadap pengundi yang meninggalkan pusat undi sepanjang hari pengundian pada Khamis.

Di sini kami kongsikan sedikit fakta menarik tentang pilihanraya United Kingdom.

1. Sebelum tahun 1918, pilihanraya UK dijalankan berhari-hari malah sehingga beberapa minggu.

2. Sejak 100 tahun lalu, peratusan jumlah keluar mengundi yang terendah adalah 57.2 peratus pada 1918. Manakala yang tertinggi adalah 83.9 peratus pada 1950.

3. Terdapat 15 orang calon yang bertanding dalam kerusi Tony Blair (Bekas Perdana Menteri UK) pada 2005, yang terbanyak sejak perlembagaan UK digubal.

4. Dari segi keluasan kawasan, yang terkecil adalah Islington North (Di mana Jeremy Corbyn adalah wakil parlimennya)

5. Kawasan yang terbesar adalah Ross, Skye dan Lochaber

6. Majoriti tertinggi dalam sejarah pilihanraya UK adalah semasa Tony Blair sebagai pemimpin Parti Buruh pada 1997.

7. Wakil parlimen termuda yang pernah dipilih sebagai ahli parlimen adalah Christopher Monck yang berumur 13 tahun pada 1667.

8. Corbyn (pemimpin parti buruh) adalah pemimpin yang paling banyak mendapat carian di Internet.

9. Terdapat 650 kawasan pilihanraya di UK di mana 326 kerusi diperlukan untuk mendapat majoriti mudah.

10. Kali terakhir United Kingdom mengadakan pilihanraya umum adalah dua tahun lalu pada 2015.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat