10 Orang Menjadi Billionaire Dalam Industri Matawang Crypto

2,207

Matawang Crypto telah berusia melebihi 9 tahun, yang bermula dengan matawang crypto Bitcoin. Harga bitcoin mula mencapai puncak pada bulan Disember apabila mencatat harga $20,000 seunit.

Pasaran matawang crypto adalah sangat volatile, ada mereka yang dapat membuat keuntungan yang banyak dalam satu malam dan ada mereka yang mengalami kerugian.

Berdasarkan, laman sesawang Forbes, berikut adalah 10 orang terkaya dalam industri matawang crypto berdsarkan harga pada 19 Januari 2018.

1. Chris Larsen

Merupakan co-founder atau rakan pendiri syarikat Ripple. Ripple merupakan salah satu matawang crypto. Larsen secara peribadi memiliki 5.2 billion unit XRP/Ripple. Beliau memiliki pendapatan $7.5 billion – $8 billion.

2. Joseph Lubin

Joseph Lubin merupakan pendiri kepada syarikat Ethereum dan Consensys. Beliau merupakan bekas eksekutif Goldman Sachs yang mendanai platform blockchain Ethereum. Beliau juga memiliki syarikat Consensys yang memiliki 600 pekerja dan beroperasi dalam 28 negara. Kekayaan beliau adalah sebanyak $1 billion – $5 billion.

3. Changpeng Zhao.

Changpeng Zhao lebih dikenali sebagai CZ, beliau merupakan CEO kepada syarikat pertukaran matawang crypto, Binance. Binance kini telah memiliki lebih 6 juta pengguna. Kekayaan beliau adalah sebanyak $1.1 billion – $2 billion.

4. Tyler dan Cameron Winklevoss.

Kembar tersebut merupakan pendiri syarikat Winklevoss Capital. Kembar tersebut telah menggunakan duit pampasan untuk membeli bitcoin pada tahun 2012. Terkini mereka sudah mendirikan syarikat pertukaran matawang Crypto di New York, Kekayaan yang dihasilkan sebanyak $900 juta – $1.1 billion.

5. Matthew Mellon

Matthew Mellon merupakan pelabur peribadi. Beliau mula melabur pada beberapa tahun lepas dan merupakan pelabur awal dalam Ripple. Kekayaan yang diperolehi $900 juta – $1 billion.

6. Brian Armstrong

Brian Armstrong merupakan CEO, Coinbase. Coinbase merupakan syarikat pertuakaran matawang crypto utama di US sejak tahun 2012. Kekayaan yang diperolehi $900 juta – $1 billion.

7. Matthew Roszak

Matthew Roszak rakan pendiri syarikat BIoQ dan pendiri syarikatTally Capital. Beliau mula belajar tentang bitcoin pada tahun 2011 dan mula melabur dalam ICO. Kekayaan yang diperolehi $900 juta – $1 billion.

8. Anthony Di Iorio

Anthony Di Iorio merupakan rakan pendiri syarikat Ethereum dan pendiri di syarikat Jaxx dan Decentral. Kekayaan yang diperolehi $750 juta – $1 billion.

9. Brock Pierce Chairman

Brock Pierce Chairman merupakan pengurus Yayasan Bitcoin. Beliau merupakan antara orang terawal yang melabur dalam matawang crypto dan mendanai beberapa syarikat crypto seperti Coinbase, Ethereum dan Mastercoin. Kekayaan yang diperolehi $700 juta – $1 billion.

10. Michael Novogratz

Michael Novogratz merupakan pengasas Galaxy Digital. Sebelum ini beliau telah menjadi billionaire dan mula melabur dalam matawang crypto pada tahun 2013. Kekayaan yang diperolehi $700 juta – $1 billion.

 

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat