100% Kripto – Pulau Satoshi Sudah Terima 50,000 Permohonan NFT Visa

4,535

Tidak keterlaluan untuk menobatkan Pulau Satoshi sebagai destinasi pertama yang 100% bertunjangkan teknologi kripto.

El Salvador pun tidak setara dengan Pulau Satoshi walaupun negara itu sudah mengiktiraf Bitcoin (BTC) sebagai mata wang sah.

Apa yang berlaku?

Untuk pengetahuan, Pulau Satoshi merupakan pulau persendirian yang diusahakan oleh Denys Troyak, James Law, Taras Filatov, dan Benjamin Nero.

Pulau ini diperkenalkan dengan beberapa misi:

  • Mengacarakan beberapa acara berkaitan kripto sepanjang tahun
  • Menjadikan pulau ini sebagai ruang untuk peminat kripto seluruh dunia berkumpul
  • Menubuhkan pulau yang berupaya beroperasi sebagai organisasi autonomi desentralisasi (DAO)

Beberapa fakta ringkas yang mungkin anda mahu tahu:

  • Pulau Satoshi mula dirancang sejak 2017 sebelum menetapkan pulau yang bersesuaian dengan visi mereka
  • Projek ini disokong kerajaan Vanuatu dan tidak melibatkan promosi dari kalangan influencers
  • Setakat ini Pulau Satoshi sudah menerima 50,000 permohonan NFT visa (yep, visa yang diNFTkan)
  • Permohonan NFT visa adalah secara percuma, tertakluk kepada terma dan syarat
  • Setiap rumah di pulau ini adalah NFT atau dikenali sebagai ‘Satoshi Island Land NFT’ dan boleh didagangkan
  • Visa tersebut juga memainkan peranan sebagai whitelist penyertaan penjualan NFT Land di Pulau Satoshi, bersama-sama faedah lain
  • Bagi mereka yang selesa dengan pemilikan konvensional, boleh tukarkan pemilikan digital kepada dokumen fizikal di Vanuatu
  • Pemilikan NFT visa ini juga tidak bermakna seseorang itu memiliki kerakyatan Vanuatu, hanya kerakyatan di pulau itu sahaja
  • Penubuhan pulau ini menggunakan teknologi sumber diperbaharui – tenaga suria.
  • Masih belum memfokuskan kepada perlombongan kripto kerana kelestarian menjadi keutamaan.
  • Jumlah penduduk terhad sehingga 21,000 pelabur atau penduduk yang berminat

Difahamkan mereka yang sudah membeli NFT Land boleh mula menetap di Satoshi Island seawal 2023.

Tinggal di pulau ini bermakna kesemuanya berdasarkan teknologi kripto. Powerr!

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat