11 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini. 11-15 Februari 2019

810

Matawang dolar USD masih menunjukkan pengukuhan pada awal dagangan hari ini menyambung pengukuhan yang diteruskan pada minggu lalu dengan data inflasi dan jualan runcit pula akan menjadi tumpuan pelabur pada minggu ini.

Sentimen pasaran diburukkan lagi dengan kebimbangan terhadap pertumbuhan global. Suruhanjaya Eropah dan juga bank pusat England masing-masing telah menurunkan unjuran pertumbuhan.

Rundingan dagang antara China dan Amerika Syarikat pula tidak menunjukkan sebarang perkembangan yang positif selepas Trump pada minggu lalu menyatakan bahawa beliau tidak bercadang untuk bertemu dengan Presiden Xi.

Matawang komoditi dolar AUD masih dibebani risiko pemotongan kadar oleh bank pusat Australia sementara Kiwi pula berdepan peningkatan kadar pengangguran di New Zealand. Manakala, dolar Kanada berjaya melonjak pada penghujung dagangan minggu lalu selepas laporan pekerjaan menunjukkan angka peningkatan yang cukup memberangsangkan.

Berikut disediakan antara sebahagian data ekonomi yang menjadi fokus pasaran sepanjang minggu ini.

Data GDP UK (Isnin 5.30 petang): Selepas menikmati kadar pertumbuhan yang kukuh pada kadar 0.6% pada suku tahun ketiga, pertumbuhan yang semakin bergerak perlahan dijangka mencatatkan penurunan ke paras 0.3% untuk bacaan suku tahun keempat. Unjuran pertumbuhan untuk bulan Disember dijangka ke paras sifar. Jika data GDP menepati ramalan, tumpuan akan beralih pula kepada data pengeluaran kilang yang mana dijangka akan mencatatkan kenaikan ke paras 0.2% untuk bulan Disember.

Penetapan Kadar Faedah di New Zealand (Rabu 9.00 pagi): Selepas laporan pekerjaan di New Zealand mencatatkan peningkatan pada kadar pengangguran, bank pusat New Zealand berkemungkinan akan beralih kepada tindakan yang lebih dovish. Kadar faedah dijangka kekal tidak berubah di paras 1.75% berdasarkan pada data ekonomi dan kemerosotan pada unjuran global.

Laporan Inflasi UK (Rabu 5.30 petang): Kadar inflasi di paras 2.1% pada bulan Disember masih berada di atas sasaran inflasi 2% oleh bank pusat. Namun, laporan untuk bulan Januari dijangka akan menunjukkan penurunan ke paras 1.9%. Kejatuhan harga tenaga dipercayai memperlahankan kadar inflasi sementara kadar inflasi teras dijangka kekal tidak berubah.

Laporan Inflasi AS (Rabu 9.30 malam): FED masih bersabar untuk tindakan menaikkan kadar faedah berikutan kadar inflasi masih kekal di paras yang rendah. Inflasi teras yang kekal di paras 2.2% unjuran tahun ke tahun pada bulan Disember dijangka tidak berubah untuk bacaan bulan Januari sementara jangkaan bacaan kadar inflasi bulanan pula meningkat ke paras 0.1%.

Data GDP Jepun (Khamis 7.50 pagi): Data GDP di Jepun antara yang memberi kesan terhadap Yen berbanding data ekonomi yang lain. Ekonomi di Jepun menguncup pada kadar 0.6% pada suku tahun ketiga namun situasi tersebut masih dianggap normal untuk negara tersebut. Jepun dijangka tidak akan menuju ke arah kemelesetan ekonomi, dengan unjuran kadar pertumbuhan untuk suku tahun keempat bakal meningkat pada kadar 0.4%.

Data GDP Jerman (Khamis 3.00 petang): Berdasarkan unjuran bank pusat, ekonomi terbesar di zon Eropah itu masih bergelut untuk keluar daripada risiko kemelesatan ekonomi. Bacaan data berkemungkinan mencatatkan penurunan ekoran data jualan runcit di Jerman dan Perancis yang sangat lemah.

Data Jualan Runcit AS (Khamis 9.30 malam): AS akhirnya menerbitkan laporan jualan runcit untuk bulan Disember selepas penangguhan ekoran isu penutupan kerajaan sebelum ini. Selepas mencatatkan peningkatan 0.2% pada bacaan bulan November, bacaan pada bulan Disember pula dijangka akan sedikit perlahan dimana hanya diramalkan meningkat pada pada kadar 0.1% sahaja sementara jualan runcit teras pula dijangka tiada peningkatan.

Data PPI AS (Khamis 9.30 malam): Laporan indeks harga pengeluar untuk bulan Januari dijangka mencatatkan kenaikan pada kadar 0.1% berbanding penurunan -02% pada bacaan bulan Disember lalu. Begitu juga pada data PPI teras yang mengalami kejatuhan pada bulan Disember turut diramalkan meningkat pada kadar 0.2%.

Indeks Keyakinan Pengguna AS (Jumaat 11.00 malam): Sentimen keyakinan pengguna hasil tinjauan oleh Universiti of Michigan jatuh ke paras 91.2 pada Januari selepas hampir mencapai paras 100% pada bacaan bulan sebelumnya. Adakah sentimen pengguna akan memberi kejutan terhadap pasaran untuk pembukaan bulan Februari ini? Isu penutupan kerajaan dan kelembapan pada pertumbuhan ekonomi akan turut memberi impak terhadap sentimen.

Undian Brexit Parlimen UK: Perdana Menteri Britain, Theresa May terus berusaha untuk meyakinkan rakan-rakan negara Eropah untuk menyokong pelan perjanjian Brexit beliau dan mengubah peraturan berkenaan sempadan Ireland secara sah. Parti Buruh menawarkan sokongan sebagai balasan untuk hubungan yang lebih rapat bersama Kesatuan Eropah. Masa semakin suntuk menuju Brexit Day pada 29 Mac ini.

Penutupan Kerajaan AS: Sehingga Jumaat ini. Kerajaan Amerika Syarikat dibuka semula selepas penutupan paling lama dalam sejarah, namun hanya sehingga 15 Februari ini sahaja. Penggubal undang-undang akan mengambil peluang ini untuk mencapai kesepakatan bagi memastikan kerajaan akan terus beroperasi. Presiden Donald Trump terus bertegas untuk pembiayaan tembok yang memisahkan sempadan Mexico sementara Demokrat menentangnya.Rundingan ditetapkan untuk dipercepatkan pada minggu ini dan para penganalisis menjangkakan penyelesaian yang positif, namun sebarang kemungkinan boleh berlaku dan akan memberi impak terhadap sentimen pasaran semasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat