11 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (17-21 Jun 2019)

1,136

Berikut adalah sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat RBA (Selasa 9.30 Malam): Selepas dua minggu keputusan penetapan kadar faedah oleh bank pusat Australia, minit mesyuarat akan dikeluarkan pada minggu ini. Penganalisis dan pelabur akan melihat lebih terperinci berkenaan laporan keputusan penurunan kadar.

Data Inflasi dan Imbangan Dagangan di Eropah (Selasa 5.00 Petang): Bacaan data ekonomi di zon Eropah dijangka lemah ekoran data Jerman sebagai ekonomi terbesar yang merosot sebelum ini.

Data Inflasi UK (Rabu 4.30 Petang): Sektor perkhidmatan dan pembuatan di UK mencatatkan penurunan pada harga. Bacaan data inflasi pada bulan Mei dijangka sedikit menurun ekoran harga tenaga yang menurun.

Data Inflasi Kanada (Rabu 8.30 Malam): Jangkaan data indeks harga pengguna Kanada diramalkan menurun pada bulan Mei. Namun, bacaan data berkemungkinan disokong oleh kenaikan pada komponen harga pada IVEY PMI.

Keputusan Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Data yang akan menjadi tumpuan utama pasaran pada minggu ini dan akan memberi impak besar terhadap dagangan USD. Laporan data pekerjaan AS yang merosot sebelum ini berkemungkinan mempengaruhi keputusan bank pusat untuk menurunkan kadar faedah. Pasaran akan menantikan petunjuk dari bank pusat berkenaan kekerapan penurunan kadar selepas ini.

Data Pertumbuhan GDP New Zealand (Khamis 6.45 Pagi): Ekonomi New Zealand menikmati kadar pertumbuhan yang memberangsangkan pada suku terakhir tahun 2018 yang lalu dan permulaan suku tahunan yang perlahan untuk 2019. Impak daripada isu perang dagang akan memberi kesan terhadap keyakinan perniagaan dan juga ekonomi semasa New Zealand.

Penetapan Kadar Faedah BOJ (Khamis): Bank pusat Jepun masih lagi mengekalkan kadar faedah yang rendah di paras -0.10% sebelum ini. Kadar inflasi masih lagi jauh mencapai sasaran 2%. Keputusan Gabenor Kuroda dan komen susulan beliau akan menjadi perhatian pasaran.

Data Jualan Runcit UK (Khamis 4.30 Petang): Kadar jualan runcit dijangka menurun untuk bulan Mei pada kadar -0.5% setelah mendatar pada April.

Penetapan Kadar Faedah BOE (Khamis 7.00 Malam): Pasaran menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan di paras 0.75%. Namun, bank pusat England sebelum ini ada menyatakan niat untuk menaikkan kadar faedah dengan mempertimbangkan faktor inflasi dan juga isu kegawatan.

Data PMI Zon Eropah (Jumaat 4.00 Petang): Sesi pasaran Eropah pada Jumaat akan memaparkan bacaan data PMI di Perancis, Jerman dan juga zon Eropah. Pertumbuhan untuk masa hadapan dijangka tidak menentu dengan kebimbangan utama pada PMI Jerman yang merosot di bawah paras 50.

Data Jualan Runcit Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Pasaran meramalkan penurunan pada bacaan data jualan runcit untuk bulan April. Namun kenaikan pada pasaran buruh berkemungkinan menyokong kadar perbelanjaan di Kanada.

Semak potensi trading matawang utama pada minggu ini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat