11 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (29 April – 3 Mei 2019)

1,624

Berikut adalah sebahagian berita-berita penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pertumbuhan GDP Zon Eropah (Selasa 1.30 Petang): Data ekonomi pada zon Eropah akan dikeluarkan melibatkan Perancis, Jerman, Sepanyol dan Itali. Laporan GDP untuk suku tahun pertama 2019 akan memberikan isyarat pertumbuhan ekonomi semasa pada zon Eropah.

Data Pertumbuhan GDP Kanada (Selasa 8.30 Malam): Laporan GDP bulanan di Kanada. Selepas bacaan data yang mengecewakan pada dua bulan sebelumnya, kadar pertumbuhan ekonomi kembali meningkat pada Januari. Data untuk Februari akan memberikan petunjuk untuk pertumbuhan GDP bagi suku tahun pertama 2019.

Data Keyakinan Pengguna Amerika Syarikat (Selasa 10.00 Malam): Kadar keyakinan pengguna sebelum ini menurun walaupun ekonomi dalam keadaan yang stabil. Angka bacaan kali ini dijangka meningkat kepada 126.2 mata berbanding bacaan 124.1 mata sebelum ini.

Data Pekerjaan di New Zealand (Rabu 6.45 Pagi): Laporan pekerjaan untuk suku tahunan dijangka akan mencatatkan peningkatan selepas penurunan pada laporan suku keempat 2018 yang lalu.

Data Pekerjaan ADP NFP Amerika Syarikat (Rabu 8.15 Malam): Laporan pekerjaan untuk sektor swasta tidak selalu mempengaruhi data NFP namun turut memberi kesan terhadap pergerakan pasaran. Bacaan data untuk bulan Mac mengecewakan apabila hanya mencatatkan kenaikan 129,000 namun bacaan kali ini dijangka akan meningkat lebih tinggi kepada 181,000.

Data PMI Perkilangan Tinjauan ISM Amerika Syarikat (Rabu 10.00 Malam): Jangkaan data tinjauan untuk bulan April akan sedikit menurun kepada 55.0 mata berbanding bacaan peningkatan 55.3 mata pada Mac yang lalu. Data ini juga turut memberikan petunjuk terhadap laporan data pekerjaan NFP.

Penetapan Dasar Monetari Amerika Syarikat (Khamis 2.00 Pagi): Mesyuarat FOMC pada awal Khamis akan menjadi tumpuan pelabur bagi keputusan dasar monetari bank pusat. Kadar faedah dijangka akan terus dikekalkan di paras 2.50%.

Data PMI Perkilangan Caixin China (Khamis 9.45 Pagi): Selepas dilanda kegelisahan beberapa bulan sebelum ini, data yang mengukur tahap ekonomi di China ini kembali berada di atas paras 50 iaitu memberikan petunjuk yang baik. Data pada Mac dilihat berdekatan dengan cuti perayaan tahun baru, dan gambaran lebih jelas akan diterjemahkan pada bacaan data untuk April.

Penetapan Dasar Monetari di UK (Khamis 7.00 Petang): Bank of England (BOE) masih mempertimbangkan ke arah tindakan menaikkan kadar faedah, namun masih terganggu dengan ketidaktentuan pada rundingan Brexit. BOE dijangka akan masih mengekalkan kadar faedah di paras 0.75% namun minit mesyuarat akan dikaji dan laporan inflasi suku tahunan akan menjadi tumpuan. Komen susulan daripada Gabenor Carney turut akan memberikan isyarat terhadap keputusan dasar monetari untuk mesyuarat akan datang.

Data Inflasi Zon Eropah (Jumaat 5.00 Petang): Bacaan akhir inflasi pada Mac memberikan kepastian terhadap pertumbuhan yang perlahan dan kadar penurunan harga. Data untuk bulan April akan mempengaruhi keputusan mesyuarat bank pusat Eropah yang seterusnya.

Data Pekerjaan NFP Amerika Syarikat (Jumaat 8.30 Malam): Data yang menjadi tumpuan utama pada minggu ini dengan laporan pekerjaan di Amerika Syarikat setiap bulan bakal menyaksikan pergerakan volatile harga dalam pasaran. Pertambahan pekerjaan dijangka akan sedikit menurun namun kadar purata pendapatan dijangka meningkat dan bakal memberikan kesan positif terhadap dagangan USD. Kadar pengangguran pula masih dijangka kekal di paras 3.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat