1,268 Saman JPJ Dikeluarkan, Ini Senarai 45 Lokasi Terletaknya Kamera AWAS

2,598

Sejumlah 1,268 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh dua hari operasi 45 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang bermula pada Sabtu (01 September 2018).

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,121 saman adalah disebabkan kesalahan had laju dan 147 saman melanggar lampu isyarat.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, orang yang kena saman (OKS) akan diberikan tempoh selama 60 hari untuk membayar kompaun RM300. Selain itu, setiap kesalahan juga akan diberikan mata dimerit kepada pesalah.

Kegagalan membayar saman pada tempoh yang diberikan akan menyebabkan OKS berhadapan dengan dakwaan mahkamah, selain disenarai hitam oleh JPJ.

Pengambilalihan JPJ itu meliputi operasi 45 buah kamera AWAS yang terdiri daripada 29 kamera bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan 16 buah kamera bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyaraat.

Berikut adalah lokasi terletaknya kamera AWAS yang anda perlu tahu dan berjaga-jaga jika ingin mengelak daripada saman JPJ:

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat