13 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (18-22 Mac 2019)

1,365

Berikut adalah sebahagian daripada data-data ekonomi yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat Polisi Monetari Australia (Selasa 8.30 Pagi): Laporan terperinci dalam mesyuarat terbaru bank pusat Australia, memberi gambaran terhadap kesihatan ekonomi semasa dan boleh mempengaruhi keputusan terhadap kenaikan kadar pada masa akan datang.

Data Indeks Purata Pendapatan di Eropah (Selasa 5.30 Petang): Data yang memaparkan purata pendapatan dalam tempoh tiga bulan ini akan turut menberi petunjuk terhadap kadar inflasi. Jangkaan bacaan pada data kali ini sedikit menurun kepada 3.2% berbanding 3.4% pada bacaan sebelumnya.

Data Sentimen Ekonomi Eropah Tinjaun ZEW (Selasa 6.00 Petang): Pasaran menjangkakan bacaan data kekal berada di paras yang lemah berikutan faktor kelemahan pada data pesanan kilang di samping ketidaktentuan pada perkembangan Brexit.

Data Indeks Harga Pengguna UK (Rabu 5.30 Petang): Data yang mengukur kadar inflasi di UK untuk bacaan bulan Februari dijangka masih kekal di paras 1.8% seperti bacaan pada bulan sebelumnya yang turun dari paras 1.9%.

Penetapan Kadar Faedah FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Federal Open Market Committee (FOMC) akan bermesyuarat untuk menentukan kadar faedah yang bakal ditetapkan selain melihat kepada unjuran ekonomi dan petunjuk kepada keputusan kadar pada masa akan datang. Jangkaan kadar faedah di AS akan dikekalkan di paras 2.50% jika dilihat berdasarkan pada pertumbuhan ekonomi global yang perlahan serta ketidaktentuan dalam pasaran kewangan semasa.

Kadar Pertumbuhan GDP New Zealand (Khamis 5.45 Pagi): Data keluaran dalam negeri kasar (KDNK) di New Zealand untuk bacaan suku terakhir tahun lalu dijangka akan mencatatkan angka yang meningkat ke paras 0.6% berbanding 0.3% pada bacaan suku tahun sebelumnya.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Kadar pertambahan pekerjaan di Australia pada bulan Februari dijangka mencatatkan peningkatan sekitar 15,200 orang dan lebih rendah berbanding bacaan 39,100 pertambahan pada bulan sebelumnya. Kadar pengangguran pula dijangka kekal tidak berubah di paras 5.0%.

Penetapan Kadar Faedah di Switzerland (Khamis 4.30 Petang): Bank pusat Switzerland dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah yang rendah seperti sebelum ini di paras -0.75% di mana paras tersebut kekal tidak berubah sejak awal 2015 yang lalu.

Data Jualan Runcit UK (Khamis 5.30 Petang): Kadar jualan di UK untuk bulan Februari dijangka merosot dari paras 1.0% pada bacaan sebelum ini turun kepada -0.4% dan bakal menambahkan lagi tekanan terhadap dagangan GBP yang sedang dilanda kebimbangan isu Brexit.

Penetapan Kadar Faedah di UK (Khamis 8.00 Malam): Bank pusat England akan bermesyuarat dan membuat keputusan untuk menetapkan kadar faedah. Jangkaan kadar faedah pada kali ini masih dikekalkan di paras 0.75% sejak dinaikkan pada penetapan Ogos tahun lalu.

Data PMI Perkilangan di Jerman (Jumaat 4.30 Petang): Sesi pasaran Eropah pada Jumaat akan menyaksikan data perkilangan PMI pada zon Eropah khususnya di Jerman sebagai ekonomi terbesar dalam zon tersebut. Kenaikan pada bacaan ekonomi berkemungkinan akan mengurangkan faktor risiko terhadap pertumbuhan ekonomi yang menjadi kebimbangan sebelum ini.

Data Indeks Harga Pengguna di Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Jangkaan untuk data inflasi di Kanada akan dikemaskini semula selepas melihat kepada data jualan borong, namun bacaan IVEY positif dengan bacaan data pada sektor buruh yang meyakinkan.

Data Jualan Rumah Sedia Ada di Amerika Syarikat (Jumaat 10.00 Malam): Jangkaan data adalah meningkat untuk jualan rumah sedia ada, namun penurunan jualan yang agak besar pada data jualan rumah baru berkemungkinan akan turut mempengaruhi bacaan data pada kali ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat