1,300 Individu Di China Positif COVID-19 Tanpa Sebarang Simptom!

1,940

Berikutan dengan kebimbangan orang ramai yang semakin meningkat tentang mangsa yang didakwa positif COVID-19 tanpa sebarang gejala, hari ini China telah mendedahkan bahawa terdapat lebih 1,300 kes yang melibatkan individu sedemikian. Data tersebut adalah kali pertama didedahkan oleh negara kuasa besar itu gara-gara desakan besar-besaran yang dilancarkan oleh orang ramai.

Menurut pegawai kesihatan negara itu, kes import pertama dari Wuhan yang dikesan pada akhir tahun lalu telah menyebabkan orang ramai ketakutan dan bimbang terhadap wabak berjangkit berkenaan.

Semalam, terdapat 36 kes positif COVID-19 telah dilaporkan dan 35 daripadanya adalah kes import. Pada minggu lalu, seorang wanita di wilayah Henan telah disahkan positif COVID-19 serta mempunyai kontak rapat dengan 3 kes tanpa gejala.

Walau bagaimanapun, kes tanpa gejala tidak dikategorikan sebagai kes COVID-19 di negara itu melainkan individu terbabit mengalami simptom klinikal. Oleh yang demikian, data yang dikeluarkan sebelum ini tidak mengambil kira mereka yang positif COVID-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan.

Akan tetapi, semua kes tanpa gejala yang telah dikenal pasti dan kontak rapat mereka mesti dikuarantin selama 14 hari. Sementara itu, pakar kesihatan menyatakan bahawa mereka yang tidak mengalami sebarang simptom ini benar-benar telah dijangkiti tetapi kaedah penyebaran wabak berkenaan kepada individu lain masih tidak dapat dikesan.

Berdasarkan sebuah temubual, seorang pakar respiratori berkata setiap pembawa penyakit tanpa gejala berpotensi untuk menjangkiti 3 hingga 3.5 individu.

Hakikatnya, Korea Selatan dan Jepun juga mengalami nasib yang sama iaitu beberapa individu telah disahkan positif COVID-19 tanpa sebarang gejala lalu memasukkan data tersebut di dalam jumlah kes negara masing-masing.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat