19 Bank Melabur Berbilion Dalam Pelbagai Kripto, Tapi XRP Paling Menonjol!

1,138

“Wow terbaiklah, maksudnya sekarang banyak bank dah mula suka kripto la?”

Pasaran mata wang kripto yang semakin berkembang pesat telah menyebabkan 19 bank terkemuka di seluruh Amerika Utara, Eropah dan kawasan lain melabur sejumlah besar wang dalam pelbagai aset digital.

Menurut laporan Jawatankuasa Basel tentang Pengawasan Perbankan (BCBS) baru-baru ini, bank-bank tersebut telah melabur sekitar $10.27 bilion dalam kripto.

Namun, Ripple (XRP) adalah antara aset digital paling menonjol susulan memperoleh kedudukan penting dalam portfolio pelaburan bank-bank itu, di mana laporan BCBS menunjukkan XRP telah membentuk 2% iaitu $205 juta daripada jumlah pendedahan.

Pelaburan itu juga telah berjaya meletakkan XRP sebagai altcoin ketiga terbesar dalam komitmen bank yang baru muncul dalam pasaran kripto.

Selain XRP, pelaburan kripto oleh kebanyakan bank juga lebih tertumpu pada Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) kerana kedua-dua aset digital tersebut telah mendominasi banyak pihak dengan BTC menyumbang 31% manakala ETH pula 22%.

Jadi di sini dapat dilihat bahawa banyak individu bukan sahaja sudah semakin yakin terhadap aset digital terkemuka tersebut malah strategi dilakukan bank dalam sektor kripto yang sejak kebelakangan ini kian berkembang.

Bukan itu sahaja, BCBS turut menyenaraikan beberapa kripto lain yang telah mendapat perhatian daripada institusi kewangan, antaranya adalah Polkadot (DOT), Cardano (ADA), Solana (SOL), Litecoin (LTC) dan Stellar (XLM).

Memang tidak dinafikan peratusannya lebih kecil berbanding BTC dan ETH, tetapi kemasukannya telah menunjukkan minat dan penerimaan yang meluas terhadap pelbagai aset digital dalam sektor perbankan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat