1INCH – Protokol DeFi Yang Paling ‘Superb’!

254

1INCH merupakan aggregator pertukaran tidak berpusat (DEX) yang dilancarkan pada 2019 oleh Sergerj Kunz dan Anton Bukov yang bertujuan untuk mengetengahkan dagangan token yang berasaskan Ethereum seperti LINK, AAVE dan UNI.

Rangkaian 1INCH ini juga merupakan protokol desentralisasi di Ethereum, Binance Smart Chain (BSC) dan Polygon yang mana membolehkan perjalanan operasi paling menguntungkan, terpantas dan dilindungi di dalam DeFi.

Selain itu juga, projek 1INCH ini mampu menghubungkan beberapa DEX ke dalam satu platform untuk membolehkan pengguna mencari cara pertukaran yang mudah dan harga yang terbaik untuk pertukaran di semua platform.

Pengguna 1INCH bakal mendapat akses kepada PancakeSwap, BurgerSwap, StreetSwap, Venus, StableSwap, JulSwap, BakerySwap dan beberapa DEX di Binance dan protokol peminjaman yang lain.

Berdasarkan kepada carta 1INCH/USDT, pada minggu lalu dapat dilihat pergerakan harga 1INCH tidak berjaya untuk mengekalkan rentak kenaikan bagi menembusi paras SBR (support become resistance) $4 sebelum kembali menyusut di atas paras sokongan sekitar $2.5.

Namun memasuki pembukaan pasaran minggu ini, pergerakan harga 1INCH telah membuat lonjakan melebihi 40% untuk kembali menguji paras SBR $4.

Jika harga berjaya menembusi paras SBR $4 tersebut, berkemungkinan kenaikan lebih tinggi harga bakal menuju ke paras SBR seterusnya sekitar $5.50 untuk memberi isyarat perubahan trend yang lebih jelas.

Dengan jangkaan lonjakan itu juga, secara tidak langsung ia bakal memberi momentum pengukuhan kepada harga 1INCH untuk menuju semula ke paras ketinggian sepanjang masa (ATH) sekitar $7.80.

Sekiranya pergerakan harga tidak berjaya mengekalkan trend bullish, paras sokongan sekitar $2.30 bakal menjadi paras tumpuan semula untuk diuji dan menandakan pergerakan harga masih lagi dalam corak mendatar (sideway).

Di paras sokongan $2.30 bakal dinilai oleh para pelabur sama ada paras tersebut mampu untuk menyokong semula lonjakan harga atau menyaksikan harga terus membuat penurunan.

Penurunan yang lebih rendah dijangka bakal menuju semula ke paras sokongan seterusnya sekitar harga $1.50, dan mencecah ke paras tersebut juga bakal menjadi paras terendah 5 bulan dicatatkan.

Setakat jam 4.00 petang waktu tempatan, harga 1INCH terus pamerkan lonjakan melebihi 2% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $3.80.

Lihat gambar carta matawang kripto 1INCH/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat