1inch Sasar Luaskan Pasaran DeFi Di Korea Selatan

90

Pengagregat kewangan terdesentralisasi (DeFi) 1inch Network telah mendedahkan rancangannya untuk berkembang dalam pasaran Asia, menurut kenyataan oleh pengasas bersama, Sergej Kunz.

Menurut Kunz semasa Minggu Blockchain Korea (KBW) 2022 pada 8 Ogos, walaupun pasaran DeFi di Korea dan Asia agak kecil, terdapat beberapa syarikat Web3 di Asia yang sedang diintai oleh 1inch untuk bekerjasama dengan mereka.

Namun begitu, halangan terbesar Kunz dalam memasuki pasaran Web3 adalah pemahaman yang rendah tentang DeFi serta cara penggunaan wallet kripto.

Walau bagaimanapun, pasaran akan berkembang dengan pesat apabila ramai individu mula memahami bahawa mereka boleh mendapatkan keuntungan melalui teknik ‘farm’, ‘swap’ dan pertukaran serta pengaksesan mata wang kripto di Ethereum dengan beberapa rangkaian mudah EVM iaitu Ethereum Virtual Machine.

Tambah Kunz lagi, populariti permainan (gaming) berasaskan blockchain di Asia dapat menarik ramai individu dalam pasaran DeFi. Hal ini kerana, kebanyakan individu khususnya golongan muda berminat dalam gaming dan perkara-perkara seperti itu, dan ini akan membuatkan pasaran DeFi berkembang di Korea Selatan.

Kini 1inch juga sedang dalam usaha kerjasama bersama blockchain Klatyn yang memfokuskan metaverse untuk perancangannya dalam mengembangkan pasaran di Asia.

Penggunaan utama rangkaian 1inch ialah agregator decentralized exchange (DEX) yang telah mengimbas DEX untuk mendapatkan kecairan terbesar, slippage yang rendah serta kadar pertukaran mata wang kripto termurah.

Selain itu, 1inch juga turut menyediakan pengguna dengan mobile wallet yang digunakan untuk tujuan DeFi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat