1MDB: PM Muhyiddin Berterima Kasih Aset Bernilai $300 Juta Dipulangkan

588

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluahkan rasa terima kasih kepada pihak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan kerajaan negara itu dalam usaha memulangkan dana 1MDB berjumlah AS$300 juta.

Sebelum ini, kes penyelewengan wang 1MDB oleh seorang ahli perniagaan yang diburu, Jho Low mendapat perhatian seluruh negara kerana aset yang diperolehinya itu turut merangkumi harta tanah mewah di Beverly Hills, New York dan London. Malah, Jho Low turut membuat pelaburan perniagaan bernilai puluhan juta dolar menggunakan wang tersebut.

Turut dilaporkan bahawa dana tersebut diseleweng ke beberapa institusi kewangan termasuk Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Singapura dan Luxembourg.

Melalui penambahan baru wang tersebut, menjadikan wang 1MDB yang berjaya dipulangkan dan dikumpul semula pada setakat ini adalah sebanyak AS$620 juta.

PM Tan Sri Muhyiddin turut meluahkan rasa penghargaannya kepada pemerintah AS dan kedutaannya, Menteri Kewangan Malaysia dan peguam negara dalam memainkan peranan penting sepanjang proses perundingan.

“Baki aset milik Jho Low masih lagi dalam proses, di bawah persetujuan penghakiman DOJ,” katanya.

Tambahnya lagi, usaha pemulihan aset 1MDB masih lagi berlangsung dan pihak kerajaan akan terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat, DOJ dan pemerintah negara lain demi mengembalikan semula wang 1MDB pada masa akan datang.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib masih diadili dengan 25 tuduhan dengan dakwaan yang merangkumi 21 kes penyelewengan wang berjumlah RM2.28 bilion dan empat kes melibatkan isu salah guna kuasa berhubung dana tersebut. Perbicaraan seterusnya dijadualkan pada bulan ini tetapi ditangguhkan berikutan wabak coronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat