2 juta Peminjam Terima Lanjutan Pinjaman Bank

954

Kira-kira dua juta peminjam yang berdepan masalah untuk membayar semula pinjaman mereka, telah dihubungi oleh pihak bank.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd. Shahar Abdullah, seramai 300,000 daripada 1.1 juta peminjam telah mengesahkan bahawa mereka benar-benar memerlukan bantuan untuk membuat pembayaran pinjaman, sementara selebihnya masih mempertimbangkan pilihan yang ada.

“Nilai ini akan terus meningkat secara substansial dengan peminjam menikmati kemudahan permohonan pembayaran semula melalui pelbagai saluran yang disediakan,” kata Mohd. Shahar di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab persoalan daripada Senator Datuk Razali Idris.

Datuk Razali mengemukakan pertanyaan mengenai bilangan peminjam dalam kumpulan sasaran termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan akibat Covid-19.

“Sebanyak 97% permohonan pembayaran semula pinjaman yang diterima telah diluluskan. Proses permohonan bagi pelanggan individu dijangka mengambil masa sehari ke lima hari manakala bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka akan mengambil masa antara tiga hari ke dua minggu selepas permohonan yang lengkap diterima oleh bank,” ujarnya lagi seperti dipetik oleh The Edge.

Tambah Mohd. Shahar, orang ramai tidak perlu risau kerana permohonan mereka tidak akan muncul dalam laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) mereka.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat