2 Sebab Utama Mengapa Harga Minyak Naik Pada Hari Ini

163

 

Harga minyak turun naik pada hari ini berikutan para pedagang memberi tumpuan kepada ketegangan di Iraq dan pengurangan aktiviti penggalian minyak U.S.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik 21 sen kepada $52.04 atau 0.41% setakat jam 10.50 p.m.

Manakala pasaran hadapan Brent didagangkan pada paras $57.65, naik 0.2 sen atau 0.2% setakat jam 10.50 p.m.

Harga minyak turun naik berikutan reaksi para pedangang terhadap perkembangan minyak pada hari Ahad semalam. Ketegangan antara tentera kerajaan Iraq dan Kurdish terus berlangsung di utara Iraq menyebabkan pengeluaran bekalan minyak bertambah buruk. Kejadian tersebut telah menolak harga minyak naik sejak beberapa minggu ini.

Manakala di U.S, aktiviti penggalian minyak U.S jatuh untuk tiga minggu berturut-turut. Berdasarkan laporan syarikat perkhidmatan tenaga Baker Hughes, jumlah pengeluaran penggalian minyak U.S jatuh kepada 736 pada minggu yang berakhir pada 20 Oktober, paras terendah sejak Jun yang lalu.

Menurut Mohammad Barkindo, setiausaha umum OPEC, proses pengimbangan pasaran minyak berada pada tahap memuaskan dan permintaan pasaran akan terus meningkat dalam tempoh beberapa dekad ini.

Perjanjian antara OPEC dan 10 negara bukan OPEC yang dipimpin oleh Rusia akan dilanjutkan sehingga Mac 2018 bagi mengurangkan pengeluaran minyak global dan meningkatkan harga minyak.

Namun pakar penganalisis memberi amaran bahawa OPEC harus melanjutkan perjanjian pengurangan pengeluaran minyak melebihi Mac 2018 bagi mengimbangkan pasaran.

Mesyuarat antara OPEC dan Non-OPEC akan diadakan pada November 30 di Vienna.

Pada minggu hadapan, para pemain pasaran akan memberi tumpuan kepada laporan inventori minyak U.S yang dijangka akan dikeluarkan pada hari Rabu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat