2 Syarikat Gergasi Yang Bakal Menyinar Pada 2022

709

Siapa yang lebih berjaya tahun 2022 ni agaknya ye?

Apple

Saham Apple naik dalam dagangan pra-pasaran pada Selasa dengan mencatat rekod positif 5 sesi berturut-turut dan semakin hampir mencapai syarikat dengan nilai pasaran US$3 trilion dalam sejarah.

Ia meningkat 0.4% pada US$180.96 sebelum sesi dagangan dan berdasarkan prestasi ia boleh mencapai US$3 trilion jika sahamnya mencapai dagangan US$182.86 atau andai ia mencapai setinggi US$182.13 semasa sesi dagangan seharian bulan ini.

Tahun 2021 merupakan tahun yang kukuh buat Apple dengan peningkatan sebanyak 36% pada nilai pasaranya sehingga mencapai US$2.96 trilion semasa sesi penutupan Selasa dan ia meningkat 200% sejak dunia dikejutkan dengan kemunculan Covid-19 yang memaksa dunia menghadapi lockdown.

Saham Apple terus menjadi saham kegemaran kerana populariti global serta potensi tawaran baharubagi mengekalkan pertumbuhan jualannya selain baki tunai yang kukuh.

Tesla

Tesla dijangka memasuki tahun 2022 dengan penuh bergaya apabila terdapat permintaan yang kukuh di China dan pembukaan kilang baharu di Amerika Syarikat (AS) dan Jerman.

Menurut penganalisis Wedbush, Daniel Ives, saham syarikat pembuatan kereta eletrik (EV) dijangka naik 30% tahun depan dan dia menjangkakan masalah komponen akan bertambah baik seterusnya membenarkan Tesla memenuhi permintaan di China dan menaikan kadar pengeluaran di seluruh dunia.

Saham Tesla telah mencatat keuntungan 55% yang mendorong nilai pasaran melepasi nilai US$1 tirilion dan Ives menganggarkan bahawa menjelang akhir 2022, Tesla akan mempunyai kapasiti pengeluaran 2 juta kerata setiap tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat