20 Negara Ini Jatuh Cinta Dengan Ethereum! Bagaimana Pula Malaysia?

2,055

Jika sebelum ini perhatian dunia lebih kepada Bitcoin (BTC), kali ini nampaknya giliran Ethereum (ETH) tampil mencuri fokus, baik dalam kalangan pelabur kripto atau bukan pelabur.

Invezz dalam satu kajian yang dijalankan, mendapati sebanyak 20 negara utama dunia menunjukkan kadar minat yang tinggi terhadap ether.

Dengan rekod carian atas talian mencecah 1,116,000 setiap bulan, Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan pertama, mengalahkan negara-negara lain. Berdasarkan rekod tersebut, ini bermakna sebanyak 36,000 carian mengenai ether dilakukan oleh penduduk negara itu setiap bulan.

Jerman dan Turki tampil di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan rekod carian sebanyak 736,300 dan 408,500 setiap bulan.

Manakala Brazil (ke-4), France (ke-5), United Kingdom (ke-6) dan Kanada (ke-7) mencatatkan rekod carian lebih 200,000 setiap bulan.

Bagaimana pula dengan negara dalam rangkuman Asia Tenggara? Kajian daripada Invezz mendapati Vietnam berada di kedudukan ke-16 dengan rekod carian berkaitan Ethereum sebanyak 43,200 dan Indonesia (ke-18) dengan rekod sebanyak 40,800 carian setiap bulan.

Bagaimanapun, Malaysia tidak tersenarai. Barangkali, Malaysia masih berminat dengan BTC atau beberapa matawang kripto yang lain seperti Dogecoin atau Shiba Inu.

Menurut Jayson Derrick daripada Invezz, kadar minat terhadap ether yang meninggi sejak kebelakangan ini adalah dari kalangan pelabur kaya (sekurang-kurangnya memiliki aset $1 juta).

“Golongan ini lebih berhati-hati dalam pelaburan dan sanggup membayar untuk mendapatkan nasihat profesional bagi keuntungan yang tinggi. Mereka tidak berminat dengan kripto meme seperti Dogecoin kerana jika dibandingkan dengan ethereum dan koin berskala besar yang lain, lebih banyak penggunaannya dalam dunia sebenar.”

Adakah ini petanda Ethereum sudah bersedia meroket ke paras $5,000 seperti yang diramalkan penganalisis kripto Intraday? Nantikan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat