200 Pips Pergerakan harga pada USD/CHF Sebaik Sahaja Sesi Asia Bermula

1,324

Permulaan dagangan hari ini dikejutkan oleh fenomena “flash crash” dan kali ini melibatkan matawang safe-haven Swiss fanc pula.

Jika anda perhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CHF, sebaik sahaja dagangan sesi Asia bermula awal pagi tadi, harga terus melonjak sekitar 100 pips hampir mencecah paras harga 1.0100 sebelum menjunam semula lebih 100 pips lagi penurunan menjadikan jumlah lebih 200 pips pergerakan volatile harga hanya dalam masa satu jam sahaja. Pergerakan volatile tersebut turut berlaku pada kesemua matawang yang dipadankan bersama matawang CHF.

Apa yang menyebabkan situasi sebegini berlaku?

Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa dagangan sesi Asia mempunyai kecairan yang sangat rendah lebih-lebih lagi pada permulaan dagangan iaitu pada hari Isnin.

Pada minggu lepas, kita semua sedia maklum rakyat berbangsa Cina menyambut perayaan tahun baru dan pergerakan pasaran di China bergerak perlahan sempena cuti perayaan. Untuk info tambahan, ekonomi China adalah yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan sering memberi impak besar terhadap pasaran kewangan global.

Permulaan minggu yang baru, para pelabur dari China mula kembali aktif dalam pasaran dan ini memberi impak terhadap kecairan dalam pasaran dengan pasaran Switzerland masih bercuti. Fenomena “flash crash” ini kebiasaannya akan melibatkan dagangan matawang berstatus safe-haven dan terkesan ekoran aktiviti ‘supply and demand’ dalam pasaran.

Jika anda perhatikan chart USD/CHF di bawah, harga telah melonjak dari paras support MagicS1 sebelum melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali semula di paras lonjakan harga bermula.

 

Jika anda seorang “morning person”, mungkin anda sempat mencuri keuntungan untuk posisi dagangan USD/CHF awal pagi tadi. Oleh itu, bangunlah pada awal pagi ye. ??

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat