2021 Menyaksikan Kepopularitian NFT Mengatasi Kripto!

656

2021 telah menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan buat non-fungible tokens (NFT), dengan menjadi salah satu istilah carian yang paling popular pada tahun ini.

Bukan itu sahaja, menurut Google Trends, carian global untuk istilah NFT telah mengatasi kripto pada minggu lepas!

Peningkatan mendadak dalam trafik carian untuk NFT mempersembahkan petunjuk jelas bahawa koleksi digital telah memasuki kesedaran arus perdana.

Menurut Cointelegraph, peningkatan besar permintaan untuk NFT telah dilihat dalam hampir semua aspek. Antaranya ialah syarikat-syarikat berjenama besar seperti Nike dan Adidas telah menceburkan diri dalam metaverse.

Sementara selebriti seperti Snoop Dog, Grimes, Steve Aoki dan Melania Trump pula tampil mempromosikan koleksi NFT mereka secara terbuka.

Tambahan daripada itu, permainan NFT seperti Axie Infinity dan Sorare membolehkan pemain belajar mengenai kripto dan NFT, serta memperoleh pendapatan sampingan semasa bermain permainan video.

Dalam pada itu, Cointelegraph turut mendedahkan bahawa hasil dari penyelidikan terbaharunya, pengguna telah membelanjakan lebih daripada $9 bilion untuk NFT, dengan jumlah jualan mungkin mencecah $17.7 bilion menjelang akhir 2021.

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa jualan NFT telah meningkat 60 kali ganda dalam tempoh tiga setengah tahun, iaitu daripada $41 juta pada 2018 kepada $2.5 bilion pada separuh pertama tahun ini.

Pertumbuhan lebih pesat dijangka akan berlaku pada tahun 2022 dengan  melibatkan penyertaan yang lebih luas dari ramai pihak.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat