3 Altcoin Ini Paling Menyerlah Dengan Projek Terbaru

3,187

Majoriti altcoins dilihat sedang berada di fasa consolidation, termasuk menguji semula paras sokongan. Pada masa yang sama, pelabur mula optimis dengan pergerakan tiga matawang ini susulan daripada projek terbaru.

Cardano (ADA)

Harga token ADA melonjak 624% daripada $0.165 kepada paras ketinggian $1.20 bermula pada awal 2021 sehingga 20 Februari, sebelum berlaku correction yang menyebabkan ADA susut ke paras terendah $0.80.

Kemudian harga ADA kembali pulih dengan lonjakan kepada 30% ($1.05) ekoran daripada ahli komuniti Venus Protocol telah meluluskan kertas cadangan untuk membawa ADA ke dalam mainnet Venus.

Polygon (MATIC)

Bermula 9 Februari, rangkaian Matic diperkenalkan sebagai Polygon sebagai salah satu perubahan strategik untuk menjadi aggregator lapisan dua, sekaligus bakal menjadi pesaing Polkadot dengan objektif untuk membangunkan protokol saling kendali (interoperability).

Penjenamaan semula telah membantu harga MATIC meningkat kepada $0.197 daripada $0.07 sebelum sedikit susut kepada $0.111 pada 23 Februari. MATIC kembali pulih dengan lonjakan 62% dengan harga dagangan $0.16.

Stacks (STX)

STX merupakan penyelesaian blockchain lapisan satu yang direka untuk membawa kontrak pintar dan aplikasi tidak berpusat ke Bitcoin, menyaksikan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada $1.17 dengan jumlah dagangan direkod sebanyak $166 juta.

Projek yang akan dilancarkan mengubah STX sebagai buruan pelabur dan pada masa yang sama pemilik STX boleh menyertai taruhan daripada wallet Stack dan menerima ganjaran BTC.

Ketika penulisan, ketiga-tiga matawang itu didagangkan pada:

ADA: meningkat 6.3%, kepada $1.05
MATIC: meningkat 17.18%, kepada $0.17
STX: meningkat 33.48%, kepada $1.13

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat