3 Faktor Ini Punca Chiliz (CHZ) ‘Melompat’ Lebih 170% Dalam Sebulan

445

Salah satu token yang menghubungkan peminat sukan dengan sektor kripto, Chilliz (CHZ) menyaksikan lonjakan yang luar biasa bermula 29 September sehingga 30 Oktober.

Harga CHZ mencatatkan peningkatan 171% ke paras tertinggi harian $0.657 pada 30 Oktober dari paras terendah harian $0.243 pada 29 September.

Tiga faktor yang wajar diberi perhatian pelabur CHZ diperincikan seperti berikut:

  • NFT Perlawanan Secara Langsung

Non-fungible token (NFT) bagi perlawanan langsung di antara A.C. Milan dan A.S. Roma dilancarkan pada hujung Oktober seperti yang diumumkan oleh akaun rasmi Socios.com.

Ia dilombong berdasarkan momen-momen penting ketika perlawanan secara langsung.

Peminat-peminat yang berjaya meneka kemenangan pasukan bola sepak di akhir lawan akan menerima NFT tersebut.

  • Sokongan Terhadap CHZ dan token peminat

Platform Chilliz melancarkan token peminat bagi pasukan bola sepak: Sao Paulo FC, AC Milan, dan Manchester City.

Susulan daripada itu, Binance juga membenarkan peminat untuk mendapatkan token daripada pasukan kegemaran mereka melalui staking Binance Coin (BNB), Binance USD (BUSD), dan CH.

OKEX mengumumkan sokongan terhadap token-token yang dihasilkan dari ekosistem Chiliz. Manakala eToro senaraikan CHZ di platformnya, sedia untuk didagangkan oleh pelabur.

  • Perkembangan ekosistem

Chiliz menjalinkan kerjasama dengan Kraft Sports and Entertainment.

Ini bermakna National Football League’s (NFL) New England Patriots dan Major League Soccer’s (MLS) New England Revolution akan menyertai ekosistem Socios dan Chiliz.

Tidak cukup dengan itu, Chiliz terus meluaskan pengaruhkan terhadap beberapa liga suka utama yang mana terdapat permintaan tinggi dari kalangan peminat sukan.

Ketika penulisan, CHZ didagangkan pada $0.5674, meningkat lebih 5% dalam 24 jam.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat