3 Forex Trader Terkemuka Yang Boleh Dijadikan Idola!

7,547

Jika semalam kita dedahkan tentang penglibatan wanita dalam pelaburan, hari ini kita ceritakan mengenai 3 jejaka hebat dalam dunia forex trading.

Oleh kerana anggapan forex trading sebagai sesuatu yang baharu, ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat ramai yang telah berjaya menempa nama dalam pasaran kewangan tersebut.

Siapakah forex trader terkemuka dunia? Apakah kisah di sebalik kejayaan mereka?

1. George Soros

Soros dikenali sebagai salah seorang pelabur terbesar dalam sejarah. Beliau menyerlahkan potensinya sebagai pengurus wang lagenda apabila berjaya memperoleh keuntungan lebih daripada £ 1 bilion dalam masa yang singkat sebelum terjadinya Black Wednesday pada 16 September 1992.

Pada ketika itu, Britain merupakah sebahagian daripada Exchange Rate Mechanism (ERM). ERM telah menggesa kerajaan supaya campur tangan jika pound mencatatkan penururan melepasi kadar tertentu.

Soros berjaya meramalkan kenaikan kadar faedah Britain dan penyertaan dalam ERM akan menjejaskan negara tersebut. Oleh yang demikian, beliau berjaya membina kedudukan kukuh ketika isu tersebut meletus.

Beliau telah menggunakan teori reflexivity yang sangat berkesan dalam menilai pasaran kewangan.

Teori tersebut menekankan bahawa terdapat perkaitan antara jangkaan dan situasi sebenar. Contohnya, jangkaan para pelabur yang mampu mempengaruhi harga pasaran.

2. Stanley Druckenmiller

Figura hebat ini menganggap George Soros sebagai mentornya kerana bekerjasama dalam Quantum Fund lebih daripada setahun.

Setelah itu, Druckenmiller berjaya membina kedudukannya sendiri dengan penubuhan Duquesne Capital serta dikenali sebagai salah seorang trader terbaik dunia.

Beliau mencipta rekod luar biasa dengan mencatatkan keuntungan dua tahun berturut-turut sebelum bersara. Pendapatan bersih beliau bernilai lebih daripada $2 bilion dolar.

Falsafah yang dipegang oleh Druckenmiller ialah menghasilkan pulangan jangka panjang dengan mengekalkan modal serta mengaut keuntungan apabila sesi dagangan berjalan lancar.

3. Bill Lipschutz

Bill Lipschutz berjaya memperolehi keuntungan beratus-ratus juta dolar melalui bahagian pertukaran matawang Salomon Brothers pada tahun 1980-an.

Selain itu, beliau digelar sebagai Sultan Matawang. Beliau menggambarkan forex trading sebagai satu pasaran yang mempunyai unsur psikologi kerana sentimen pasaran mampu mempengaruhi harganya.

Di samping itu, Lipschutz menekankan beberapa tips dalam forex trading iaitu mempunyai matlamat yang jelas, membuat kajian terhadap pasaran dan pengurusan risiko.

Kesimpulannya, ketiga-tiga figura hebat ini boleh dijadikan inspirasi buat semua forex traders. Segala tips yang dikongsikan boleh dipraktikkan dalam memastikan forex trading yang sistematik dan efektif. Mungkin andalah forex trader terkemuka dunia yang seterusnya!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat