3 Isu Dunia Crypto Sepanjang Minggu Lepas Yang Berakhir Pada 20 Januari 2018

709

Jumlah pasaran matawang crypto pada hari ini berada pada paras $565 billion, naik daripada paras terendah yang pernah dicapai pada minggu lepas iaitu pada sekitar $417 billion.

Harga bitcoin kini mencat pada harga $11,440.20 bagi satu bitcoin. Pada minggu lepas harga bitcoin telah jatuh ke paras terendah mingguan iaitu pada $9,555.33 per unit.

Sepanjang minggu lepas terdapat beberapa isu yang berlaku dalam dunia pasaran matawang crypto.

Pertama, harga Bitconnect Coin merundum teruk dalam masa satu hari. Pada hari Rabu, harga Bitconnect jatuh menjunam sebanyak 90% berikutan kepanikan pelabur dengan menjual bahagian mereka.

Harga bitcconnect coin (BCC) jatuh daripada harga $280.3 seunit yang dikecapi pada 16/1 kepada $20.9 seunit.

Pihak Bitconnect telah menutup operasinya dengan alasan bahawa website yang dikendalikan olehnya telah diserang penggondam. Bitconnet juga memberi alasan bahawa syarikat mereka mendapat tantangan daripada kerajaan terutama dari Texas State Securities Board, dan dari North Carolina Securities.

Kedua, beberapa pasaran bitcoin telah ditekan oleh kerajaan. Antaranya ialah gesaan daripada China dan Korea Selatan menyebabkan sentimen pelabur yang semakin ragu dengan matawang digital.

China dilaporkan meningkatkan sekatan mereka kepada penyedia paltform dagangan matawang digital, di mana China merancang untuk menghalang akses rakyatnya kepada platform luar negara mahupun domestik.

Selain itu negara jiran Indonesia juga telah mengharamkan transaksi menggunakan matawang crypto termasuk bitcoin. Beberapa negara seperti Jerman telah dalam proses perbincangan penggubalan undang-undang crypto yang lebih ketat dan sejagat.

Ketiga, kontrak niaga hadapan Bitcoin di Bursa saham pertukaran Chicago (CBOE) ditutup pada hari Rabu lepas pada harga $10,900.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat