3 Kemahiran Penting Yang Dimiliki Oleh Individu Kaya!

9,199

Memiliki sejumlah wang yang banyak tidak bermakna anda telah menjadi individu kaya-raya. Sebaliknya, anda boleh jatuh miskin jika tidak memiliki beberapa kemahiran penting ini! Justeru itu, 3 kemahiran tersebut perlu anda kuasai!

1. Kemahiran pengucapan awam

Kebanyakan individu mempunyai masalah untuk berucap di khalayak ramai. Mereka begitu takut dan bimbang terhadap pandangan orang sekeliling berkenaan apa yang disampaikan. Hakikatnya, anda tidak perlu takut!

Hal ini demikian kerana setiap individu mempunyai hak untuk bersuara dan memiliki pendapat sendiri tentang sesuatu perkara. Sudah tentu setiap pendapat yang dikemukakan adalah berbeza mengikut individu.

Cuba kita lihat beberapa jutawan terkemuka di dunia, contohnya Warren Buffett, Steve Jobs dan Elon Musk. Ketiga-tiga figura hebat ini memiliki kemahiran pengucapan awam yang sangat baik. Oleh itu, anda perlu belajar dan bina keyakinan diri untuk bermula dari sekarang.

Cabar diri anda dan jangan takut untuk melakukan kesalahan! Jika tidak bermula, bagaimana anda ingin tahu sejauh mana potensi yang dimiliki?

2. Kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan

Untuk menjadi seorang ketua yang baik, anda perlukan kemahiran berkomunikasi yang baik dan efektif lebih-lebih lagi apabila bekerja dalam satu kumpulan. Kemahiran tersebut amat dititikberatkan agar dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan jelas dan mengelakkan salah faham.

Selain itu, komunikasi merupakan salah satu kunci untuk menjalinkan perhubungan yang baik antara majikan dan pekerja. Jadi, anda dapat membina sebuah suasana tempat kerja yang harmoni dan selesa.

Sebagai salah seorang ketua, anda mestilah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada setiap pekerja. Wujudkan persekitaran yang positif di tempat kerja dan elakkan sebarang perselisihan antara majikan dan para pekerja.

3. Kemahiran menguruskan masa

Sering kita dengar kata pepatah yang menyebutkan bahawa masa itu emas. Oleh yang demikian, anda perlu menguruskan masa dengan bijak. Susun setiap perkara mengikut keutamaan.

Elakkan sifat tergopoh-gapah dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Berdasarkan penyusunan yang dibuat, anda dapat merangka sebuah sistem pengurusan yang sistematik dan efektif.

Bukan itu sahaja! Pengurusan ini juga penting untuk memastikan hasil kerja yang dilakukan adalah yang terbaik serta dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat