3 Kemungkinan Terhadap Keputusan Undian Brexit Hari Ini.

2,235

Debaran semakin terasa oleh para pelabur yang menantikan keputusan undian akhir Parlimen Britain untuk pelan perjanjian Brexit oleh Perdana Menteri Britain, Theresa May. Ahli Parlimen akan memulakan acara undian sekitar jam 7 petang sesi pasaran London ataupun sekitar jam 3 pagi Rabu waktu Malaysia. Ini adalah 3 kemungkinan situasi yang bakal berlaku berdasarkan keputusan undian akhir dan kesannya terhadap pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD.

 

PM May menang undian majoriti– Senario pertama adalah undian Parlimen secara majoriti dimenangi oleh PM May. Nilai matawang Sterling akan menunjukkan lonjakan drastik dengan jangkaan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD mampu mencecah kenaikan sehingga ke paras ketinggian sekitar 1.3500. Pergerakan volatile harga adalah disebabkan kemenangan mengejut PM May di mana sebelum ini pelabur menjangkakan undian tidak akan berpihak kepada beliau, sekaligus akan mencetuskan pergerakan agresif harga ke atas dagangan Sterling.

 

PM May kalah dengan perbezaan undian yang sedikit – PM May hanya memerlukan 318 undian daripada keseluruhan 650 ahli Parlimen untuk menyokong beliau mendapat kelulusan pelan perjanjian Brexit. Sekiranya PM May gagal dengan 50 undian atau kurang, situasi tersebut masih dilihat sebagai kemenangan buat beliau dan perlu membuat kenyataan dengan segera untuk kembali ke Kesatuan Eropah untuk persetujuan berkenaan isu sempadan. Secara teknikal, jika situasi kekalahan dengan perbezaan undian yang kecil, matawang sterling dijangka akan meneruskan kenaikan pada nilai dagangannya dengan pergerakan harga pada GBP/USD berkemungkinan mencapai kenaikan setakat paras 1.3000.

 

PM May kalah lebih 100 undian – Situasi di mana PM May mengalami kekalahan dengan perbezaan melebihi 100 undian dan ada jangkaan yang mengatakan PM May berkemungkinan kalah sehingga 200 perbezaan undian. Ini akan mendesak PM May untuk memanjangkan Artikel 50 atau mengisytiharkan kekalahan dan Britain bakal meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian. Sterling akan terus mengalami kejatuhan dan pergerakan harga pada GBP/USD berkemungkinan mencecah ke paras sekitar 1.2500 atau lebih rendah lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat