3 Kesilapan Terbesar Trader Perlu Elakkan Dalam Forex Trading

9,883

Mengikut kajian, 90% trader gagal meneruskan perjalanan dalam bidang forex trading dan hanya sekitar 10% sahaja trader yang berjaya menjana profit dengan konsisten.

Untuk itu, ramai yang tertanya-tanya apa kesilapan yang diulangi oleh majoriti trader yang gagal bertahan dalam trading, dan mungkin perkara tersebut anda sendiri juga lakukan.

Artikel ini akan berkongsi 3 kesilapan terbesar yang sering dilakukan dalam trading.

#1 Gagal Mencipta Strategi Trading Yang Betul

Ini menjadi faktor utama seseorang trader gagal berjaya dalam forex trading. Seorang trader memerlukan strategi trading yang tepat untuk dirinya sendiri dan bukan terikut-ikut cara orang lain.

Pelbagai kriteria yang akan menyebabkan trade menjadi sukar seperti pemilihan pair yang tidak tepat, tambahan indicator yang terlalu banyak dan macam-macam lagi. Kesemua ini malahan akan menambahkan lagi tekanan buat anda.

#2 Gagal Kawal Emosi

Perkara kedua ni pasti membuatkan trader tersenyum membacanya kerana pasti ramai yang telah melakukan kesilapan ini.

Ramai trader yang memiliki sistem trading yang bagus, namun kelemahan adalah apabila emosi sukar dikawal dengan sebaiknya.

Terutamanya apabila berdepan cabaran dalam trading seperti situasi analisis yang tidak menepati jangkaan, berdepan kerugian dan sebagainya.

Kita dapat lihat persamaan pada pelabur-pelabur ternama yang telah berjaya adalah mereka mempunyai disiplin yang tinggi dan kawalan emosi yang cukup baik.

Emosi menjadi musuh utama kepada setiap trader. Belajar untuk kawal emosi anda supaya hasil trading akan lebih baik di masa hadapan.

#3 Gagal Menguruskan Risiko Dengan Berkesan

Jika anda trade tanpa anda sendiri tahu apa yang sedang anda lakukan, anda sebenarnya sedang perjudikan akaun anda.

Ramai trader gagal mengawal risiko dengan betul sehinggakan peluang untuk mereka menjana profit dalam forex semakin tipis.

Jadi untuk mengurangkan risiko, pertama sekali trader wajib menambah ilmu pengetahuan dalam trading dengan mengkaji formula yang tepat setiap kali masuk dalam pasaran.

Kesimpulannya, jika anda seorang trader dan anda masih melakukan 3 perkara yang disebutkan di atas, boleh la elakkan kesilapan-kesilapan tersebut dan bermula semula dengan cara trading yang betul. Semoga anda akan terus berjaya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat