3 Koin ‘Metaverse’ Inilah Juara Dalam Pasaran Kripto!

3,860

Sektor metaverse mendominasi pasaran kripto tahun ini, terutama November menyaksikan lonjakan tiga koin kripto metaverse teratas: Decentraland (MANA), The Sandbox (SAND), dan Enjin (ENJ).

The Sandbox (SAND)

  • SAND antara aset metaverse yang berjaya merekodkan prestasi gemilang berbanding matawang kripto yang lain.
  • Lonjakan SAND sejak bulan lalu adalah sebanyak 1126% dalam tempoh 1 Oktober sehingga 25 November ketika ia menyentuh paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $8 semalam.
  • SAND meningkat secara mendadak selepas The Sandbox umum tarikh pelancaran The Sandbox Alpha iaitu pada 29 November 2021.
  • Ada juga potensi kolaborasi antara The Sandbox dengan Adidas.

Decentraland (MANA)

  • MANA meningkat hampir 719% dari paras harga $0.7 pada 1 Oktober kepada $5.5, rekod ATH pada 24 November.
  • Lonjakan mendadak MANA boleh diperhatikan selepas Facebook mengumumkan penjenamaan semula kepada nama baharu, Meta.
  • Pergerakan MANA menjadi tumpuan bermula 29 -31 Oktober dengan lonjakan lebih 437% dari paras harga $0.92 kepada ATH terdahulu, $4.9.

Enjin (ENJ)

  • ENJ pada malam tadi menyentuh paras ATH terbaru, $4.7, menjadikan lonjakan kumulatif sebanyak 264% sejak 1 Oktober sehingga 24 November.
  • Sepanjang November sahaja, aset ini merekodkan 6 kali ATH dengan rekod terbaru dicatatkan pada malam tadi.
  • Faktor utama kepada lonjakan ENJ boleh dirincikan kepada pengumuman platform metaverse, Efinity pada 5 November.

Bagaimanapun, ketika penulisan dalam tempoh 24 jam, aset-aset ini didagangkan pada:

  • SAND: $7.3, susut hampir 2%
  • MANA: $4.9. susut lebih 5%
  • ENJ: $4.3, susut lebih 4%

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat