3 Minit Sepi Di China, Memperingati Pejuang COVID-19

356

China yang didakwa telah pulih daripada wabak pandemik, COVID-19 akan mengadakan hari berkabung kebangsaan iaitu pada hari esok bagi memperingati semua mangsa yang terkorban akibat daripada wabak tersebut. Pada pukul 10 pagi esok, negara berkenaan akan menyepi selama 3 minit, tiada sebarang bunyi dibenarkan termasuk hon kenderaan, kereta api mahupun kapal terbang.

Baru-baru ini, negara tersebut dikatakan merekodkan penurunan kes harian yang ketara sejak kemuncak penyebaran virus merbahaya itu pada Februari lalu. Justeru itu, majoriti rakyat China telah menjalani kehidupan normal mereka semula dan kembali bekerja seperti biasa.

Walau bagaimanapun, terdapat desas-desus mengatakan bahawa negara berkenaan akan berhadapan dengan risiko gelombang ke-2 COVID 19. Kebimbangan mula tercetus apabila terdapat puluhan kes baru yang dilaporkan setiap hari dan melibatkan pelancong dari luar negara.

Oleh yang demikian, rakyat China diingatkan supaya mengamalkan langkah perlindungan diri dan tidak keluar dari rumah bagi mengelakkan jangkitan semula wabak itu.

Selain itu, China telah melaporkan sebanyak 81,589 kes positif COVID-19 tidak termasuk pesakit yang dijangkiti tanpa sebarang gejala dan mencatatkan 3,318 kematian.

Menurut Wang Zhonglin, ketua Parti Komunis Wuhan, berkata risiko pemulihan wabak di bandar adalah tinggi disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran serta langkah pencegahan dan kawalan tetap perlu diteruskan.

Meskipun negara tersebut dikatakan telah pulih, namun begitu mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penyebaran semula wabak tersebut. Walaupun kebanyakan bandar kini bernyawa semula, tetapi proses nyahkuman tetap dilakukan dari semasa ke semasa dan orang ramai tidak digalakkan untuk keluar rumah serta berkunjung ke lokasi tumpuan awam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat