3 Perkara Tumpuan Yang Berlaku Dalam Pasaran Pada Hari Ini!

897

1. Pasaran Emas Melonjak Naik Berikutan Ancaman Iran Untuk Tamatkan Diplomasi

Harga emas melonjak naik ke paras tertinggi 6 tahun lalu pada hari Selasa berikutan ketegangan antara negara Amerika Syarikat dan Iran.

Pada 25 Jun, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan sekatan ke atas pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan pegawai-pegawainya.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran Abbas Mousavi di Twitter, tindakan mengenakan sekatan ke atas pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan pegawai-pegawainya membawa indikasi bahwa ruang untuk diplomasi ditutup.

Harga pasaran hadapan emas mencatat paras harga $1,438.99 berikutan ketegangan geopolitik.

2. Pasaran Saham Terkesan Berikutan Ketegangan Geopolitik

Pasaran saham dunia didagangkan rendah pada hari Selasa berikutan ketegangan US dan Iran.

Para pelabur juga khuatir terhadap persidangan G-20 yang akan bermula pada hari Jumaat ini. Hal ini kerana jika persidangan ini berlangsung tanpa sebarang persetujuan maka Trump berkemungkinan akan meneruskan ancaman dengan mengenakan tarif baru yang berjumlah $300 billion.

Disisi lain, China juga telah menetapkan tarif sebanyak $110 billion ke atas barangan US dan mengancam untuk meneruskannya.

3. Tumpuan Pada Data Keyakinan Pengguna Dan Perumahan.

Conference Board, sebuah persatuan penyelidikan perniagaan akan mengeluarkan indeks keyakinan pengguna untuk bulan Jun pada hari ini.

Dijangkakan keyakinan pengguna akan menurun berikutan pertumbuhan yang perlahan dalam pertumbuhan perkejaan pada bulan lepas.

Dalam masa yang sama, kajian pasaran perumahan Amerika Syarikat bagi bulan Mei juga akan dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat