3 Perkara Tumpuan Yang Berlaku Dalam Pasaran Saham Pada Hari Ini!

378

1. China Tunjukkan Pertumbuhan Perlahan Namun Terdapat Tanda-Tanda Kestabilan.

Walaupun ekonomi China mencatat pertumbuhan paling perlahan dalam tempoh 27 tahun, namun bacaan data pengeluaran industri, jualan runcit dan perbelanjaan modal masih lagi kukuh. Hal ini memberi harapan bahawa negara ekonomi kedua terbesar tersebut berkemungkinan masih lagi stabil walaupun dihimpit konflik perang dagang dengan AS.

Dalam data ekonomi yang kukuh, output perindustrian China melonjak 6.3% pada bulan Jun, naik dari paras terendah 17 tahun yang dicatat sebelum ini. Jualan runcit meningkat pada kadar terpantas sejak Mac 2018 dan pelaburan aset tetap juga meningkat lebih daripada unjuran.

Walaupun data positif, kajian terbaru IHS Markit menunjukkan bahawa sikap optimis dalam kalangan syarikat-syarikat China mencecah paras terendah sepanjang masa. Dalam masa yang sama bacaan pada tinjauan Global Business Outlook juga mencecah paras terendah sejak krisis kewangan global.

2. Citigroup Mengeluarkan Laporan Pendapatan.

Laporan pendapatan suku kedua Citigroup mencatat angka melebihi unjuran beriktuan didorong oleh lonjakan dalam dagangan pendapatan tetap dan pengurangan kos.

Selain Citigroup beberapa perbankan akan mengeluarkan laporan pendapatan pada minggu ini seperti JPMorgan, Wells Fargo, Goldman Sachs, Bank of America dan Morgan Stanley.

Saham kewangan secara amnya menunjukkan pertumbuhan yang kukuh pada tahun ini walaupun dengan kebimbangan terhadap potensi potongan kadar faedah oleh the Fed.

3. Pasaran Saham Global Bercampur Pada Hari Ini.

Pasaran saham global tidak menunjukkan arah yang pasti pada hari Isnin, berikutan kebimbangan pertumbuhan dan tumpuan pada laporan pendapatan.

Walaubagaimanapun, saham Asia ditutup ditinggi kerana terdapat tanda positif dalam data China dan harapan bahawa pertumbuhan ekonomi yang perlahan akan merangsang Beijing untuk memberi rangsangan tambahan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat