3 Sebab Bitcoin Dijangka Cecah $30,000 Di Ambang Tahun Baru!

853

Bitcoin (BTC) terus melonjak, mencatat rekod all-time high terbaru awal pagi tadi pada $29,285.

Mungkin ada pelabur yang tidak sabar untuk melihat aset Satoshi Nakamoto ini terus melonjak melepasi $30,000 dalam masa terdekat.

Paras $30,000 tidak mustahil memandangkan lonjakan BTC didorong oleh TIGA faktor ini:

PAKEJ BANTUAN $2.3 TRILION

Pada Isnin Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan telah menandatangani pakej bantuan COVID19 berjumlah AS$2.3 trilion dan dana kerajaan sebanyak AS$600, merangkumi pakej rangsangan untuk kebanyakan rakyat Amerika.

Bitcoin memberi reaksi optimis terhadap berita rangsangan ekonomi, seperti yang berlaku pada pengumuman pakej $2.3 trilion oleh kerajaan AS pada April 2020 lalu.

Peningkatan pada pakej rangsangan yang memberi kesan pemulihan pada ekonomi akan menekan US dolar, sebaliknya memberi kelebihan terhadap Bitcoin.

PELABURAN DALAM BITCOIN BERJUMLAH $100 JUTA

Firma perniagaan di Hong Kong, Greenpro Capital mengumumkan akan meningkatkan kadar hutang bernilai $100 juta pada suku pertama 2021 untuk membeli Bitcoin, menggelar aset tersebut sebagai simpanan yang berbaloi.

TREND DI GOOGLE

Sejak Bitcoin mendapat perhatian pada 2020, katakunci ‘Bagaimana Untuk Membeli Bitcoin’ telah meningkat sepanjang tahun ini. Wallets Bitcoin yang aktif juga dilihat melonjak lebih dari 100% pada 2020.

Ini menandakan pasaran matawang kripto sudah mula menjadi tumpuan lebih ramai pemain runcit.

Ketika penulisan Bitcoin didagangkan pada $28,627, susut 0.2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat