3 Sebab Harga Minyak Susut Pada Awal Minggu

269

Permulaan awal minggu memperlihatkan dagangan minyak mentah menyusut ketika operasi di Teluk Mexico dimulakan semula setelah menghadapi Taufan Delta dan gerakan mogok di Norway juga dihentikan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan susut pada $42.45 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula menurun pada $40.22 setong.

Dagangan komoditi hitam menguat minggu lalu susulan pengurangan pengeluaran akibat ancaman taufan Delta dan gerakan mogok di Norway sehingga memaksa pengeluaran dihentikan serta keyakinan meningkat bahawa kesepakatan dalam rundingan terhadap pakej rangsangan AS akan dapat dicapai.

Bagaimanapun, harga emas hitam kembali merosot pada Jumaat selepas pekerja minyak Norway mencapai persetujuan untuk mengentikan pergolakan dan mengembalikan pengeluaran minyak.

Sementara itu, syarikat-syarikat tenaga telah memulakan semula operasi mereka setelah menyaksikan sekitar 92% pengeluaran minyak dan 62% pengeluaran gas ditutup ekoran ancaman taufan Delta pada minggu lalu.

Dalam pada itu, ketidakpastian dalam rundingan mengenai rangsangan fiskal AS turut membantutkan pergerakan harga minyak. Presiden Donald Trump telah mengusulkan cadangan untuk pakej bantuan bernilai $1.8 trilion pada hujung minggu, namun ia tidak mendapat sokongan dari pihak Senat dan Demokrat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat