3 Sebab Ini Jelaskan Mengapa MakerDAO (MKR) Masih Utuh Dengan Lonjakan 41%

208

MakerDAO (MKR) nampaknya masih bertahan di zon $1,600 empat hari berturut-turut selepas susut dari paras tertinggi harian, $1,766 pada 13 Mei.

Ketika artikel ini ditulis, MKR didagangkan pada $1,610 dengan lonjakan lebih 6% dalam 24 jam dan lebih 41% sejak minggu lalu.

Kejatuhan nilai LUNA selari dengan lonjakan harga MKR sebanyak 72%, dari $956 ke paras harga semasa. Pada masa yang sama, MKR meraih keuntungan ketika TerraUSD (UST) jatuh dari nilai dolar AS menyebabkan pelabur kripto beralih kepada stablecoin DAI.

Maka tidak hairanlah mengapa bekalan DAI di dalam pasaran mencatatkan penyusutan sejak 8 Mei walaupun rekod dagangannya dalam 24 jam telah susut hampir 36%.

Tiga sebab yang wajar pelabur ambil tahu mengapa kedua-dua aset ini mula memanjat carta:

  1. DAI terikat kuat pada dolar AS
  • Stablecoin ini tidak tergugat nilainya walaupun pasaran kripto bergolak.
  • Permintaan DAI mencatatkan ketinggian luar biasa apabila bekalan aset ini jatuh ke paras terendah sepanjang tahun, berada di paras 6.39 bilion dari rekod tertinggi pada Februari, 10.38 bilion.
  1. Kekal relevan untuk kegunaan dunia nyata
  • Maker Vault telah digunakan dalam pembiayaan pengeksportan daging, menjadikan satu lagi penggunaan kes yang patut dipertimbangkan.
  • Penggunaan Vault bersama kehadiran protokol kewangan aset desentralisasi, Centrifuge membolehkan penyedia kewangan perdagangan, ConsolFreight untuk menghasilkan DAI yang kemudian digunakan untuk membayar transaksi.
  • Pada masa yang sama, data invois dan pengeksportan telah dihasilkan dalam bentuk non-fungible token(NFT) untuk disimpan dalam rekod.
  1. Ethereum (ETH) sebagai kolateral
  • Berketetapan pada 16 Mei, ETH telah diangkat menjadi kolateral kepada prokol Maker melalui staking.
  • sEth2 (ETH yang digunakan untuk staking di StakeWise) membenarkan pelabur untuk mengakses dana yang akan terkunci pada masa tertentu dan kemudian digunakan untuk memperoleh hasil di dalam DeFi.
  • MakerDAO berada di kedudukan pertama berdasarkan jumlah nilai terkunci (TVL) tertinggi mengikut kategori protokol DeFi.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat