3 Sebab Mengapa Bitcoin Susut Selepas Tembus $19,500

715

Ketika pelabur mula menarik nafas lega menyaksikan harga Bitcoin (BTC) mula mengukuh, meningkat melepasi $19,500, aset Satoshi Nakamoto mendadak membuat penurunan semula, susut sekitar 2.5% kepada $19,050.

BTC telah melonjak sekitar $19,600 dengan momentum kenaikan dan kadar dana pasaran hadapan yang rendah. Namun, nilai aset tersebut gagal bertahan pada paras yang sama sejak November lalu susulan daripada tekanan penjualan oleh pemain besar dalam pasaran.

LONJAKAN YANG DIJANGKA

Teknikal indikator pada 12 Disember telah menunjukkan BTC dijual berterusan selepas susut di bawah $17,600.

Harga Bitcoin kembali pulih di paras atas $18,000 sebelum menembusi paras rintangan utama tumpuan pemain besar pada harga $18,800 dan mencecah $19,570 di bursa utama.

DANA NEGATIF NIAGA HADAPAN PENDORONG BTC

Kadar dana niaga hadapan di beberapa platform perdagangan menjadi negatif ketika Bitcoin menguat pada paras atas $18,000 disebabkan jumlah short-sellers yang tinggi berbanding pembeli.

Pelabur menjelaskan pergerakan BTC di atas $19,300 akan menjadikan penjual lebih agresif sehingga harga meningkat kepada $19,570.

PEMAIN BESAR PASARAN KEMBALI AKTIF

Aset Bitcoin dijual ketika harga berada di atas $19,500 menunjukkan pemain besar mengaut keuntungan.

Disebabkan itu, harga BTC agak pantas susut ke bawah paras $19,100 dan kembali di kawasan rintangan di bawah $19,400 sekali lagi.

Ketika penulisan, Bitcoin menyaksikan penyusutan sekitar 0.29%, didagangkan pada harga $19,329.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat