3 Sebab Mengapa Matawang Crypto Boleh Membangunkan Kembali Ekonomi Venezuela

905

Pada ketika ini, ramai pihak yang cuba memanfaatkan matawang crypto sebagai penyelesain masalah. Sebagai contoh syarikat gambar Kodak yang menggunakan matawang crypto bagi menyelesaikan masalah pembayaran dan hak cipta kerja jurugambar.

Kadar inflasi yang tinggi telah mengheret ekonomi Venezuela ke tahap kemelesetan. Makanan, ubat-ubatan semakin sukar didapati, kadar jenayah melonjak tinggi dan perkhidmatan awam tergendala. Ramai rakyat yang mengambil keputusan untuk berhijrah. Matawang digital/crypto petro tersebut disandarkan pada harga minyak cuba digunakan sebagai penyelesaian.

Baca lebih lanjut berita semalam berkenaan petro disini https://intraday.my/kerajaan-venezuela-secara-rasmi-melancarkan-pra-jualan-matawang-crypto-petro/

Berdasarkan pandangan Brad Jones yang dimuatkan dalam laman sesawang futurism, terdapat 3 alasan mengapa matawang crypto dapat memulihkan ekonomi negara tersebut.

1. Pelaburan awal

Pelancaran pra-jualan atau ICO crypto Petro merupakan langkah yang bagus bagi mendapatkan dana. Pelaburan awal ini boleh digunakan untuk membayar hutang negara tersebut. Perdana Menteri Nicholas Maduro mengatakan bahawa mereka berjaya meraih $735 juta pada hari pertama pra jualan.

2. Matawang crypto tersebut bersandarkan kepada teknologi blockchain sedia ada yang telah mapan.

Matawang crypto Petro tidak bermula daripada kosong tetapi menggunakan teknologi sedia ada. Terdapat perbezaan pandangan adakah petro menggunakan blockchain Ethereum atau NEM.

3. Menghapuskan sekatan yang dikenakan oleh U.S ke atas negara Venezuela.

Pentadbiran Trump telah mengenakan sekatan ekonomi kepada negara Venezuela. Kehadiran Petro, membolehkan sekatan tersebut terhapus.

Walaubagaimanapun terdapat sisi buruk penggunaan matawang crypto oleh negara tersebut. Sebagaimana sedia maklum bahawa matawang crypto adalah sangat volatile dan Venezuela pula merupakan negara pertama yang menggunakan matawang crypto mereka sendiri.

Kerana ia masih baru, ia mungkin mendatangkan kecurigaan kepada pelabur-pelabur. Adakah kerajaan Venezuela mampu untuk menguruskan matawang crypto mereka dengan baik?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat