3 Sebab Rangkaian NFT Ini Catatkan Lonjakan Hampir 62%!

587

Phantasma (SOUL) pamerkan pergerakan yang menarik pada awal 2022 dengan lonjakan lebih 13% dalam 24 jam, didagangkan pada $3.60 ketika artikel ini ditulis.

Ada apa dengan koin ini?

Phantasma merupakan blockchain lapisan-1 yang mengkhususkan kepada penghasilan SmartNFT dan aplikasi permainan desentralisasi.

Pergerakan SOUL telah meningkat hampir 62% dari paras terendah harian, $2.30 pada 30 Disember kepada rekod harian tertinggi, $3.72 semalam.

Pada masa yang sama, jumlah dagangan SOUL juga melonjak dari $3 juta kepada $12 juta.

3 sebab yang mungkin boleh diambil perhatian:

  1. Pelancaran projek terbaru
    • Phantasma menyambut beberapa pelancaran projek terbaru:
      • Kad permainan role-playing, Blood Rune
      • Permainan mudah alih, Ghost Festival
    • Platform pasaran non-fungible token(NFT), GhostMarkets
  1. Kehadiran ciri saling kendali rentas rantai
    • Phantasma telah menambah saling kendali rentas rantai dengan beberapa rangkaian termasuk Ethereum, Binance Smart Chain (BSC), dan NEO.
    • Ini akan memudahkan pengguna untuk menjalankan transaksi di beberapa rangkaian lain.
  2. Populariti permainan berasaskan blockchain dan NFT
    • Data daripada Google Trends – minat terhadap NFT mencatatkan peningkatan sejak awal 2021 sebelum mencecah kemuncaknya pada pertengahan Disember.
    • Kehadiran tawaran kos rendah dan penghasil yang tinggi menjadikan rangkaian Phantasma menarik untuk pemain bagi memaksimakan pendapatan mereka sambil berjimat untuk kos transaksi.

Menarik kan?

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat