3 Senario Yang Bakal Berlaku Selepas Laporan Pekerjaan NFP Malam Ini Dikeluarkan

1,370

Data yang menjadi tumpuan utama pemain pasaran setiap bulan akan dikeluarkan pada malam ini iaitu laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat dan pada kebiasaannya menyaksikan pergerakan luar biasa harga terutamanya pada dagangan dolar USD.

Untuk laporan kali ini, teliti beberapa data penting berikut yang akan mendorong kecenderungan laporan yang dikeluarkan sebentar lagi dan berwaspada dengan jangkaan beberapa senario kebarangkalian pergerakan harga.

Faktor terdekat yang akan menyokong pengukuhan laporan pekerjaan adalah kenaikan pada laporan data pekerjaan ADP NFP bagi sektor swasta untuk bulan Jun yang mencatatkan 102,000 pertambahan berbanding bulan sebelumnya iaitu 41,000 pekerjaan walaupun tidak mencapai jangkaan kenaikan oleh pasaran.

Seterusnya, data PMI perkilangan tinjauan ISM untuk bulan Jun mencatatkan bacaan sedikit tinggi iaitu 51.7 mata mengatasi jangkaan penurunan kepada 51.3 oleh pasaran.

Data tuntutan bagi yang tidak bekerja juga semakin menurun dan turut memberikan isyarat yang baik buat ekonomi semasa.

Namun, kelemahan pada data-data lain akan kembali mengimbangi pengukuhan laporan pekerjaan.

Antaranya ialah, kemerosotan pertumbuhan pekerjaan yang dilaporkan ISM selain daripada data indeks keyakinan pengguna di Amerika Syarikat yang menurun 10 mata pada bulan Jun. Indeks sentimen pengguna tinjauan oleh Universiti Michigan turut mencatatkan kejatuhan.

Senario 1

Jika laporan NFP menunjukkan pertambahan sehingga melebihi angka 165,000 pekerjaan dan pertumbuhan gaji pula meningkat pada kadar 0.3%, pasangan matawang yang dilihat terbaik untuk dijadikan pilihan dagangan adalah EUR/USD, AUD/USD dan NZD/USD.

Ketiga-tiga bank pusat Eropah, Australia dan New Zealand sedang cederung ke arah polisi monetari yang longgar dan laporan NFP yang kukuh dan menyokong kenaikan USD akan memberi tekanan terhadap matawang-matawang negara tersebut.

Senario 2

Jika laporan NFP mencatatkan pertambahan angka di antara 135,000 hingga 165,000 tetapi angka pertambahan pekerjaan untuk bulan lalu dikemasikini lebih tinggi semula, reaksi matawang USD akan ditentukan oleh pertumbuhan gaji dan kadar pengangguran. Jika komponen lain turut kukuh, dagangan USD akan turut meningkat.

Senario 3

Namun jika kadar pertambahan pekerjaan merosot dengan angka yang lebih rendah daripada 135,000 dan tiada kenaikan pada laporan Mei yang dikaji semula serta pertumbuhan gaji juga turut gagal mencatatkan kenaikan, dagangan USD bakal menjunam. Pasangan matawang terbaik untuk didagangkan adalah USD/JPY dan USD/CHF.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat