3 Tips Oleh Startup Berjaya ‘Jason Fried’ Untuk Mereka Yang Ingin Mulakan Dan Menjalankan Startup

588

Buku ini ditulis co-founder of Basecamp, iaitu Jason Fried. Jason Fried bersama David Heinemeier Hansson telah mengasaskan aplikasi programming Ruby on Rails. Kini banyak aplikasi dan laman sesawang yang menggunakan Rails seperti Twitter, Github malah Shopify.

Pada 2010, mereka berdua telah mengeluarkan beberapa resipi yang mereka gunakan untuk bangunkan Basecamp dan syarikat 37signal. Akhirnya terhasilah buku Rework merumuskan resepi-resepi perniagaan mereka.

Buku tersebut sering mendapat pujian dan disarankan oleh usahawan-usahawan terkemuka. Team Moshed sendiri telah tamatkan pembacaan buku tersebut. Dilain waktu, kami cuba kongsikan ulasan buku tersebut. Disini kami hanya ingin kongsikan 3 pengajaran yang boleh kita pelajari walaupun terlalu banyak resepi-resepi yang terkandung dalam buku tersebut.

3 PENGAJARAN

1. Tetapkan suatu pendirian yang kamu percaya dan terus maju bersaing dengan syarikat pesaing.

Jika anda ingin memulakan pernigaan. Tolonglah lakukan ia dengan betul. Jangan jadi orang yang hangat-hangat tahi ayam.

Jika motif anda yang akhir sekali untuk jualkan bisnes dan tidak mahu teruskan. Lebih baik jangan mulakan perniagaan.

Bina sesuatu yang kamu benar-benar ingin lihat ia terhasil atau ada di dunia ini. Sesuatu yang kamu boleh banggakan dan boleh perjuangkan.

2. Biarkan pemasaran syarikat-syarikat besar. Kita kekal dengan sikap yang mengutamakan peribadi, jujur dan tangkas.

Selalunya, syarikat kecil selalu saja merasa seperti syarikat besar dengan meniru tindakan-tindakan yang dilakukan.

Untuk apa dan kenapa?

Anda tidak perlu lakukan pemasaran dengan menggunakan teknik-teknik jargon. Cukup dengan cara yang mudah, jujur dan sampai ke hati pendengar/pembaca. Tidak perlu fancy-fancy. Lupakan pemasaran seperti ‘orang besar’.

3. Lupakan mesyuarat yang memakan masa lama. Semua itu mengurangkan produktiviti.

Kerja lebih masa tidak bermaksud lebih produktif. Daripada pengamalan budaya kerja lebih masa, lebih baik tumpu kepada pengurangan perkara-perkara yang boleh merosakkan tumpuan pekerjaan.

Buku ini sangat sesuai untuk anak muda yang baru nak berjinak dalam perniagaan dan pendiri startup yang merasa syarikat mereka bergerak perlahan seperti syarikat besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat