3 Tumpuan Utama Pasaran Forex Pada Hari Ini

1,488

Ada beberapa berita dan events (peristiwa) penting kepada pasaran forex pada hari ini. Ia termasuklah data jangkaan inflasi (inflation expectation) dari New Zealand, data pertumbuhan ekonomi dan inflasi Zon-Eropah, data inflasi Amerika Syarikat dan jualan runcit.

Kita akan lihat satu per satu fokus pasaran terhadap data-data ekonomi tersebut mengikut keutamaan.

#1 Data inflasi CPI Amerika Syarikat

Data ini akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam ini yang mana menjadi data tumpuan utama pasaran forex minggu ini. Pasaran menjangka kenaikan CPI sebanyak 0.3% lebih tinggi daripada bacaan Disember 0.1%. Bacaan Core-CPI pula dijangka naik 0.2%. Kenaikan inflasi sudah tentu akan menjadi pemangkin kepada pengetatan polisi monetari yang lebih pantas dan sudah tentu akan mengukuhkan US dolar.

Amerika Syarikat juga akan mengeluarkan data jualan runcit pada masa yang sama malam ini dengan jangkaan bacaan meningkat 0.5%.

US dolar berhadapan dengan kesukaran untuk mengukuh sejak awal minggu ini, dan data-data positif malam ini dijangka akan mengukuhkan US dolar semula.

#2 Pergerakan pasaran saham global

Kejatuhan pasaran saham khususnya Wallstreet telah mengaktifkan sentimen berisiko pada minggu lalu. Jelas dilihat kejatuhan pasaran saham pada Isnin dan Khamis lalu, tetapi peralihan kepada aset safe-haven agak terhad. Penting untuk pasaran melihat prestasi Wallstreet, kerana ia boleh menunjukkan sentimen semasa pasaran.

#3 Data inventori minyak mentah

Data terbaru oleh EIA (Energy Information Administration) akan dikeluarkan pukul 11.30 malam ini. Data ini penting kepada harga minyak mentah dunia kerana ia menunjukkan bekalan semasa di Amerika Syarikat. Penganalisis menjangka 2.8 juta tong inventori pada minggu lalu berbanding 1.9 juta sebelum ini.

Harga minyak mentah akan membuat kenaikan jika inventori yang dikeluarkan malam ini kurang daripada jangkaan dan begitu juga sebaliknya jika inventori lebih daripada jangkaan harga komoditi hitam akan jatuh. Dengan peningkatan harga minyak mentah juga akan menyokong dolar Kanada (CAD) secara langsung kerana Kanada adalah pengeksport terbesar minyak mentah ke Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat