30% Populasi Seluruh Dunia Berpindah Ke Metaverse Menjelang 2026!

1,601

Fenomena metaverse meliputi seluruh dunia, tapi bersediakah anda?

Dalam dapatan terbaru syarikat kajian teknologi Gartner, sekurang-kurangnya 25% umat manusia akan meluang masa sekitar satu jam sehari di metaverse atas tujuan kerja, membeli-belah, pembelajaran, bersosial, dan hiburan.

Macam tak masuk akal, tetapi inilah yang diramal menjelang 2026 nanti!

Buat masa sekarang, kebanyakan jenama sudah menfokuskan kepada penubuhan metaverse dengan harapan menggalakkan lagi kehadiran pengguna mereka ke dunia digital.

Bagaimanapun, fenomena ini berjalan secara berasingan – bermula dengan pembelian tanah digital; avatar; keperluan dan penubuhan bangunan maya

Susulan daripada itu, timbalan presiden Gartner, Marty Resnick berpendapat jenama-jenama ini perlu berkolaborasi bersama di bawah metaverse sama bagi mewujudkan interaksi maya 3D yang interaktif.

Malah tidak mustahil pertumbuhan metaverse juga akan lebih rancak dengan ramalan mencapai kadar 30% pada 2026. Buktinya, Strategy Analytics mendapati nilai pasaran metaverse global dijangka mencecah hampir $42 bilion untuk tahun yang sama.

Sementara itu, Grayscale meramalkan nilainya mencecah trilion dolar dalam beberapa tahun terdekat. Manakan tidak, jumlah pengguna aktif metaverse telah meningkat 10x ganda sejak awal 2020 sehingga Jun 2021.

Jika dilihat pada sudut sekarang, mungkin ramalan ini terlalu awal. Tetapi, kehadiran metaverse menjadikan yang tidak mustahil itu mustahil.

Adanya metaverse, senang sikit nak WFH. Yay! \( ̄▽ ̄)/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat