$314 Juta Jualan Token Terkumpul, Solana Terus Luaskan Kuasa

363

Solana Labs telah berjaya mengumpul $314.15 juta dalam jualan private token bagi tujuan untuk menyokong perkembangan dan pelancaran aplikasi desentralisasi, termasuk pembinaan platform di rangkaian Solana.

Jualan private token yang diadakan baru-baru ini diketuai oleh Andreessen Horowitz (a16z) dan Polychain Capital, bersama peserta lain seperti Alameda Research, CMS Holdings, CoinShares, Jump Trading, Multicoin Capital, Sino Global Capital, dan banyak lagi.

Dana tersebut juga akan digunakan untuk melancarkan studio inkubasi bagi mempercepatkan lagi perkembangan projek di rangkaian, sekaligus meluaskan cabang pelaburan baru bagi ekosistem Solana.

Usaha ini sejajar dengan visi mereka yang mahu menarik 1 bilion pengguna, menurut CEO Solana Labs, Anatoly Yakovenko.

Solana menerima perhatian komuniti kripto dengan lambakan projek kewangan desentralisasi yang dilancarkan sejak Mac lalu. Salah satunya, platform NFT terbaharu yang dikenali sebagai Metaplex.

Ekosistem Solana juga menyediakan satu program pecutan projek, Solverse sebagai sokongan pembangunan projek di platform. Dianggar sekitar 21 pakar berkaitan telah berkhidmat untuk startups di Solana terutama dalam strategi pemasaran.

Segelintir beranggapan Solana sebagai pesaing dekat Ethereum selain Polkadot.

Manakan tidak, rangkaian ini tampil dengan ciri hebat seperti kos transaksi yang jauh lebih murah, $0.00001 dengan kelajuan 50,000 transaksi sesaat, berbanding Ethereum.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat