4 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (24-28 Mei 2021)

735

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar Jerman (Selasa 2.00 Petang): Bacaan akhir bagi pertumbuhan ekonomi Jerman sebagai ekonomi utama Eropah dijangka kekal tidak berubah selepas bacaan awal susut kepada -1.7% untuk suku pertama 2021.

Data Iklim Perniagaan Jerman Tinjauan IFO (Selasa 4.00 Petang): Menilai kesihatan semasa ekonomi Jerman, data tinjauan oleh ifo turut menjadi tumpuan para pelabur. Bacaan tinjauan dijangka akan terus mengekalkan trend meningkat menuju 100.0 mata.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 10.00 Pagi): Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) akan mengadakan mesyuarat dasar monetari kali ketiga tahun ini pada Rabu dengan jangkaan kadar faedah masih akan dikekalkan tidak berubah di paras terendah 0.25%. Kenyataan susulan oleh bank pusat akan diteliti sebagai petunjuk bagi pelabur terhadap polisi pada masa hadapan.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Khamis 8.30 Malam): Setelah bacaan awal pada bulan lalu untuk pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) bagi suku pertama 2021, pelabur ingin melihat sekiranya bacaan terbaru terdapat perubahan. Angka yang dikemaskini meningkat akan menyokong pengukuhan US dolar susulan keyakinan pelabur akan kembali meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat