4 Hotel Tabung Haji Ditutup?

1,271

Tular hari ini berkenaan surat oleh Tabung Haji berhubung penutupan operasi beberapa hotel oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji dan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dan spekulasi rakyat Malaysia yang prihatin.

Meneliti surat yang dikongsikan, Tabung Haji dengan dukacitanya mengumumkan penamatan operasi dan perkhidmatan bagi empat hotel utama di bawah kumpulan TH Hotel & Residence Sdn Bhd iaitu TH Hotel Kota Kinabalu (THKK), TH Hotel Penang (THP), TH Hotel & Convention Centre Alor Setar (THCCAS) dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu (THCCT) selepas 7 tahun beroperasi.

Penamatan operasi bagi hotel-hotel tersebut akan berkuatkuasa pada 1 April 2020.

Tabung Haji menjelaskan bahawa tindakan penamatan operasi yang akan turut menjejaskan pekerjaan kakitangan yang terlibat itu, adalah satu keputusan yang tidak dapat dielakkan.

Namun Tabung Haji menjelaskan tiada kakitangan yang akan dimansuhkan sebaliknya akan diserap ke hotel TH di Kelana Jaya.

Pengurusan hotel telah diambilalih oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd dan bangunan hotel-hotel yang terlibat juga telah dipindah milik di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji.

Tabung Haji turut menyatakan bahawa empat hotel tersebut akan diteruskan di bawah anak syarikat milik Urusharta Jamaah iaitu, UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM) dan akan mengambil alih operasi bermula 1 April nanti.

Isu ini telah menimbulkan reaksi kurang senang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa yang meluahkan kekecewaan beliau terhadap berita ini.

Menurut UJSB, tindakan ini adalah sebagai satu usaha untuk mengekalkan operasi Tabung Haji yang mengalami kerugian dengan pemindahan aset bernilai RM9.63 bilion sebagai pertukaran untuk sejumlah RM19.3 bilion dengan perbezaan RM10.3 bilion akan ditanggung oleh kerajaan.

Ini merupakan satu perkara yang menyedihkan di mana para penganalisis politik dan ekonomi akan terus menilai pertumbuhan ekonomi Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan baru.

Membimbangkan apabila indeks saham FBM KLCI terus mencatatkan penurunan sejak Mei 2018 setelah tampuk pemerintahan bertukar dengan penurunan berterusan sehingga hari ini dengan paras terendah dicatatkan pada awal Februari di 1521.950 mata.

Matawang ringgit juga terus mencatatkan aliran penurunan berbanding US dolar sejak penurunan ketara bermula April 2018 lalu dengan catatan terendah mencecah paras 4.22 sekitar September tahun lalu.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat