4 ‘Kepala’ Serba Dinamik Dikompaun RM3 Juta Seorang Kerana ‘Menipu’ SC

1,019

‘Perghh, hantar penyata palsu rupanya! Kena tipu macam tu je SC selama ni.’

Securities Commission Malaysia (SC) telah mengenakan kompaun sebanyak RM3 juta seorang kepada Serba Dinamik Holdings Bhd dan 4 ketua eksekutifnya kerana mengemukakan penyata palsu melibatkan hasil RM6.01 bilion untuk tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2020 (FY20).

Menurut kenyataan dari SC, nilai RM3 juta tersebut merupakan jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah Seksyen 369(a)(B) Capital Markets and Services Act (CMSA) atas penyerahan maklumat palsu dalam penyata kewangan syarikat.

Kompaun tersebut telah dikenakan susulan keputusan pendakwa raya yang menerima representasi dibuat kepada Jabatan Peguam Negara oleh Serba Dinamik dan individu-individu yang masih belum selesai kes di mahkamah.

Antara individu yang dikenakan kompaun tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah; Pengarah Eksekutif dan bekas Ketua Eksekutif Kewangan (CFO), Datuk Syed Nazim Syed Faisal; CFO terkini, Azhan Azmi; dan Naib Presiden Akaun dan Kewangan, Muhammad Hafiz Othman.

Selain itu, Muhammad Hafiz turut kenakan kompaun tambahan RM1 juta kerana didapati memalsukan rekod perakaunan anak syarikat Serba Dinamik dibawah Seksyen 368(1)(b)(i) atas kesalahan pemalsuan akaun.

Menyusuri rekod, KPMG telah mengetengahkan isu hasil FY20 kepada lembaga Serba Dinamik pada May 2021 lalu.

Ekoran daripada itu, KMPG membuat keputusan untuk tidak meletak jawatan dalam akaun FY20 sebagai juruaudit luar Serba Dinamik sehingga berlaku kes saman atas dakwaan kecuaian dan melanggar tugas kontrak berkanun.

Kemudiannya, Serba Dinamik telah melantik Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (EY Consulting) sebagai juruaudit semakan bebas khas selepas Bursa Securities mengarahkan syarikat melantik juruaudit untuk semak tuntutan KPMG.

Namun, Serba Dinamik pula bertindak menyaman Bursa atas dakwaan ‘melampaui kuasa‘ dan turut menyaman EY Consulting bagi menghalang sebarang penemuan daripada dikemukakan.

Kini, Serba Dinamik perlu berhadapan dengan Bursa di mahkamah ekoran saman sivil terhadap kumpulan tersebut kerana gagal mematuhi arahan penerbitan maklumat terkini penemuan fakta (FFU).

Dalam pada itu, dagangan saham Serba Dinamik masih digantung dan kali terkahir didagangkan pada 35 sen dengan modal pasaran sebanyak RM1.3 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat