4 Kunci Utama Yang Bakal Mempengaruhi Polisi Monetari Fed

56

Hari Selasa dan Rabu ini akan menjadi babak penting yang bakal mempengaruhi corak ekonomi U.S pada masa hadapan. Pertemuan Fed dijangka mengumumkan permulaan pengecilan pegangan bon yang bernilai trillion dolar.

Berdasarkan kenyataan, Fed telah mempunyai perancangan bagi mengatasi masalah penyata imbangan sebanyak $4.5 trillion Penstrukturan semula perancangan yang bakal ditetapkan akan mempengaruhi monetari polisi pada masa hadapan.

Berikutan adalah empat kunci utama yang menjadi titik tolak kepada penentuan kadar faedah polisi Fed pada masa hadapan:

1. Adakah tingkat inflasi yang lemah pada akhir-akhir ini adalah bersifat sementara?

Menurut Yellen bahawa penurunan tingkat inflasi pada akhir-akhir ini bersifat sementara disebabkan oleh penurunan harga pada pelan telefon dan ubat-ubatan.

Inflasi ketika ini meningkat sedikit didorong oleh harga kenaikan harga minyak namun ia tetap dibawah sasaran Fed 2 peratus.

2. Adakah kadar pengganguran yang rendah akan membawa kepada peningkatan inflasi?

Pada sesi pertemuan Fed Julai yang lepas, isu ini hangat diperdebatakan dalam kalangan ahli-ahli ekonomi disebabkan kadar pengangguran yang rendah kebiasaannya membawa kepada peningkatan inflasi berdasarkan kes-kes sebelum ini. Namun kadar upah dan gaji pekerjaan tidak meningkat begitu banyak, tetapi membantu pengurangan kadar pengganguran.

3. Impak daripada badai taufan Irma dan Harvey pada masa akan datang?

Pantai barat Florida yang dilanda badai Taufan Irma telah membawa kerosakan sepanjang bandar Miami. Dalam pada masa yang sama juga, U.S turut dilandai oleh Taufan Harvey yang membawa kerosakan pada bandar Texas. Kejadian ini kemungkinan besar akan melembapkan ekonomi pada suku ketiga dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi pada suku keempat.

Adakah hal ini bakal mempengaruhi keputusan fed? Hal ini disebabkan badai yang melanda boleh menjejaskan pembacaan terhadap pertumbuhan ekonomi dan inflasi.

4. Apakah yang bakal terjadi pada 2018 dan seterusnya?

Pesaraaan Yellen sebagai pengerusi Fed pada Februarai ini. Penolong pengurusi Stanley Fischer juga berniat untuk mengundurkan diri pada bulan hadapan. Hal ini akan membawa kepada ketidaktentuan dalam pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat