4 Whales Gergasi Beli Berjuta Token Kripto Ini!

524

Pasaran mata wang kripto yang mengalami kejatuhan drastik berikutan krisis FTX telah mengakibatkan kebanyakan whales besar bertindak melabur sejumlah besar kripto pada harga terendah.

Buktinya, whales BNB keempat terbesar “Sabo” telah membeli 53 juta memecoin terkenal Dogecoin (DOGE) bernilai $4.05 juta pada 21 November dengan mempunyai pegangan sebanyak $5.79 juta dalam wallet.

Manakala, jumlah nilai wallet melebihi $55 juta apabila Binance-peg Bitcoin (BTCB) adalah pemegang terbesar dengan nilai $24.89 juta dan token Ethereum Binance-peg bernilai $24 juta.

Difahamkan bahawa DOGE sentiasa kekal mendapat kedudukan top 10 token yang dibeli oleh 100 whales BSC terbesar dalam tempoh 48 jam lalu manakala whales lain pula dilaporkan membeli memecoin tersebut dalam 24 jam lalu.

Sungguhpun DOGE dan kripto lain menghadapi penysustan harga disebabkan isu FTX itu, memecoin tersebut kekal kukuh berbanding Bitcoin (BTC) serta Ethereum (ETH), di mana kini harganya melantun daripada paras sokongan $0.074 selepas menjunam 7% dalam tempoh 24 jam lalu.

Tambahan itu, kemelesetan pasaran kripto yang berterusan tidak akan sesekali mencetuskan kebimbangan kepada para pelabur DOGE ekoran volum dagangannya turut melonjak sebanyak 80%.

Pada sisi berbeza, jutawan Elon Musk yang berhasrat mengintegrasikan DOGE ke dalam platform media sosial Twitter telah menggunungkan harganya kepada $0.15 dalam seminggu, namun menjunam semula pada $0.072 disebabkan krisis FTX.

Meskipun begitu, para pelabur DOGE masih percaya bahawa harganya akan menembusi $1 jika Musk bertindak pantas membawa memecoin tersebut ke dalam Twitter. 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat