5 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (21-25 Jun 2021)

1,532

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Rabu 4.00 Petang): Sektor aktiviti ekonomi di Eropah dilihat terus kekal kukuh mempamerkan trend peningkatan pada angka bacaan sejak awal tahun. Sentimen positif terhadap ekonomi Eropah akan menyokong pergerakan mata wang Euro dalam pasaran.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Rabu 4.30 Petang): Seterusnya akan menyusul terbitan data bacaan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK dengan perbandingan angka yang lebih tinggi berbanding Eropah. Bacaan positif akan membendung kejatuhan nilai Pound yang berterusan pada minggu-minggu sebelum ini ekoran tekanan lanjutan sekatan pergerakan di UK.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Rabu 9.45 Malam): Pengukuhan US dolar pada minggu lalu pasti akan meneruskan momentumnya jika data bacaan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat kekal catatkan bacaan yang kukuh memberi isyarat pemulihan ekonomi berada pada landasan yang terbaik.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 7.00 Malam): Kadar faedah masih dijangka akan terus dikekalkan, namun apa pula petunjuk oleh BOE terhadap dasar monetari?  Pelabur akan menantikan isyarat bagi menentukan arah pergerakan Pound dalam pasaran.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Khamis 8.30 Malam): Pelabur akan menilai pertumbuhan KDNK Amerika Syarikat bagi bacaan akhir untuk suku pertama 2021 dengan jangkaan kekal di paras 6.4% yang akan diterbitkan bersama beberapa data ekonomi lain termasuk tuntutan faedah pengangguran AS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat