5 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (21-25 Mac 2022)

623

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Inflasi UK (Rabu 3.00 Petang): Laporan kadar inflasi tahunan di UK dijangkakan untuk mencatatkan angka yang meningkat yang akan memberi gambaran positif terhadap perbelanjaan pengguna. Ini akan menyokong pengukuhan lanjut Pound selepas bank pusat meningkatkan kadar faedah minggu lalu.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Switzerland (Khamis 4.30 Petang): Swiss National Bank (SNB) dijangka untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah seperti bank pusat Jepun (BOJ), tidak agresif untuk mengetatkan polisi seperti yang dilakukan oleh Federal Reserve (Fed) atau bank pusat England (BOE).

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Khamis 4.30 Petang): Walaupun bank pusat meningkatkan kadar minggu lalu dan inflasi dijangkakan positif, namun berkemungkinan bacaan bagi sektor ekonomi di UK sedikit menguncup bagi bulan ini ekoran tempias krisis perang Rusia-Ukraine.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Khamis 5.30 Petang): Bakal menambahkan tekanan buat mata wang Euro, data penilaian sektor ekonomi Eropah untuk bulan Mac diramalkan sedikit menurun berbanding bulan sebelumnya.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Khamis 9.45 Malam): Sektor ekonomi tumpuan di Amerika Syarikat bakal pengaruhi pergerakan mata wang USD di penghujung minggu ini. Bacaan angka yang dijangkakan menurun boleh memberi tekanan terhadap USD.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat